Hafizh Cipta Nama Di Indianapolis

Diterbitkan: Selasa, 20 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hafizh catat nama di Indianapolis dengan menewaskan pelumba berpengalaman.
Hafizh catat nama di Indianapolis dengan menewaskan pelumba berpengalaman.

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah semakin mencipta nama di persada antarabangsa apabila berjaya menjulang gelaran juara ketika beraksi dalam saingan AMA Pro Vance & Hines Harley Davidson, perlumbaan sokongan bagi Kejuaraan Grand Prix Dunia (MotoGP) Indianapolis, di Litar Indianapolis, Amerika Syarikat, pada Ahad.

Selepas melakar kejayaan di tempat ketiga pada Perlumbaan 1, pada Sabtu, pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu meneruskan aksi bertaraf dunia apabila berjaya menguasai jentera Harley Davidson XR1200 yang pertama kali digunakannya untuk muncul juara dengan mengetepikan pelumba pilihan, Steve Rapp yang telahpun mencatat empat kejuaraan berturut-turut sebelum beraksi di Indianapolis.

Rapp yang turun ke litar dengan hasrat untuk menebus kekecewaan setelah sekadar menamatkan Perlumbaan 1 di belakang Hafizh memberikan cabaran sengit apabila berjaya mendahului pelumba muda berusia 19 tahun itu dari peringkat awal perlumbaan.

Namun, pada saat-saat akhir perlumbaan, Hafizh menggunakan kemahiran yang ada untuk memintas Rapp dari bahagian dalam litar dan seterusnya muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat.

"Saya cuba tampil memberikan yang terbaik walaupun pertama kali beraksi menggunakan jentera ini.

"Setiap sesi digunakan untuk memahami jentera dan juga litar agar dapat memperbaiki kelemahan dan mencatat masa yang lebih baik.

“Kami berjaya mendapatkan pelarasan yang begitu baik untuk perlumbaan pertama, dan kemudiannya terus dipertingkatkan pada perlumbaan kedua.

"Saya mengubah sedikit suspensi belakang agar lebih baik dan tidak tergelincir sebagaimana yang kerap berlaku pada perlumbaan pertama.”

Tambah Hafizh, “Hasilnya cukup memuaskan dan membantu saya untuk berada di hadapan. Hanya saya dan Rapp yang bersaing di hadapan dan saya hanya berada di kedudukan kedua sehingga ke penghujung perlumbaan.

"Saya menggunakan peluang yang terhidang untuk memintas dia dari sebelah dalam dan usaha tersebut membuahkan hasil. Saya begitu gembira dengan dua kemenangan yang diperolehi pada minggu ini.”

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan