SIC-PPM Bekerjasama Promosi Perlumbaan Endurance Merdeka Millenium 2013

Diterbitkan: Rabu, 24 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Selepas sedekad penuh cabaran dan keseronokan, acara lasak perlumbaan Endurance Merdeka Millenium (MMER) selama 12 jam akan mengalami transfroamsi tahun ini, kata Pengerusi Litar Antarangbangsa Sepang (SIC) Datuk Mokhzani Tun Mahathir.

Untuk edisi ke-14 MMER pada 29 Ogos hingga 31 depan, beliau berkata SIC telah bekerjasama dengan pengurusan penganjur terkemuka sukan permotoran antarabangsa, Pacific Project Management (PPM) dalam mempromosikan perlumbaan lazak ikonik itu.

"Kerjasama baharu ini bertujuan membantu meningkatkan status MMER, yang sinonim dengan kemajuan dan kedudukan sukan tersebut yang semakin meningkat.

"Bersama PPM, kami berhasrat untuk membina kejayaan masa lalu melalui reputasi perlumbaan 12 jam dan membawanya ke tahap baharu yang diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa untuk menjadikannya perlumbaan ketahanan lasak terkemuka di rantau ini," kata Mokhzani semasa berucap pada majlis pelancaran rasmi acara serta majlis berbuka puasa bersama anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitus Sakinah Wal Mahabbah, Selasa.

Turut hadir Pengarah PPM Ian Ross Geekie, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali dan pelumba Moto3, Muhammad Zulfahmi Khairuddin.

"Bagi menyuntik keseronokan dalam MMER, SIC juga akan memperkenalkan kategori baharu dan menyemak semula format kelayakan. Kami menjangkakan lebih 40 peserta akan menyertai perlumbaan tahun ini," kata Mokhzani.

Sementara itu, Geekie berkata perlumbaan ketahanan itu penting bagi sukan permotoran di Malaysia yang kini semakin digilai dan yakin dalam beberapa tahun akan datang, ia akan menjadi terkenal di peringkat antarabangsa.

"Setakat ini, 33 pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka dan kami berharap akan menerima jumlah yang lebih besar tahun ini. Selain acara utama, kami juga mengatur pelbagai acara sebelum perlumbaan," katanya.

Beliau berkata, antara penyertaan awal MMER tahun ini, ialah bekas pelumba F1 Mika Salo, yang mengesahkan penyertaan bersama, Ferarri AF Corse Racing Team.-BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MMER , SIC , Datuk Mokhzani Tun Mahathir

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan