Webber Bakal Tinggalkan Red Bull, F1

Diterbitkan: Khamis, 27 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mark Webber
Mark Webber

PELUMBA Red Bull, Mark Webber bakal meninggalkan perlumbaan Formula Satu (F1) selepas berakhirnya aksi tahun ini.

Webber,37, dijangka akan menyertai program baru Porche LMPI sportscar.

Pelumba kelahiran Australia itu mempunyai pilihan untuk terus kekal dalam F1, sama ada bersama dengan pasukannya sekarang atau pasukan terkenal yang lain, tetapi dia merasakan sudah tiba masa untuk bertukar angin.

Pelumba Lotus, Kimi raikkonen menjadi pilihan untuk menggantikan tempat Webber selain pelumba Toro Rosso, Daniel Ricciardo atau Jean-Eric Vergne.

Webber menjelaskan sebagai satu penghormatan baginya berlumba untuk Porche.

"Porche sudah sememangnya terkenal dengan sejarah rekaan dan prestasi yang di luar jangkaan, malah teknologinya di tahap yang tertinggi.

"Saya teruja dan bersedia untuk mencuba cabaran baru ini selepas berakhirnya masa saya dalam F1.

"Saya boleh bersabar untuk menjadi salah seorang pemandu terpantas di dunia dalam acara sports car ini," jelas Webber.

Dalam tempoh 12 tahun berkecimpung dengan perlumbaan F1, Webber telah memenangi sembilan gelaran grand prix, menaiki 36 kali podium, 11 kali berada dalam petak pertama permulaan, dan 15 kali mencatat lap terpantas serta dua kali berada di tempat ketiga dalam kejuaraan dunia.

Pada tahun 2010, Webber beberapa kali meraih kejuaraan sebelum kedudukannya itu dipintas rakan sepasukan, Sebastian Vettel dan pelumba Ferrari, Fernando Alonso.

Webber telah mencipta nama dengan gaya tersendiri, namun musim ini dia terpaksa berdepan dengan situasi 'panas' dengan Vettel.

Paling kemuncak apabila pada aksi perlumbaan F1 di Malaysia Mac lalu apabila Vettel tidak menghiraukan arahan pasukan agar tidak memintas Webber, namun sebaliknya berlaku.

Walaupun pelumba Jerman itu sudah memohon maaf kepada Webber, hubungan kedua-dua pelumba ini terus dingin.

Selain itu, bos Red Bull, Dietrich Mateschitz yang sentiasa mempunyai hubungan rapat dengan Webber berkata: "Walaupun dia bersara, atas pilihannya, Mark sudah tentu akan menjadi calon untuk tahun 2014. Dia sentiasa dialu-alukan bersama kami."

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan