Hafizh Tidak Sabar Beraksi Di Catalunya

Diterbitkan: Jumaat, 14 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hafizh (kiri) berbincang sesuatu dengan pengurus pasukan Barry Leong.
Hafizh (kiri) berbincang sesuatu dengan pengurus pasukan Barry Leong.

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah sudah tidak sabar untuk turun ke litar pada aksi kedua wildcard dalam Kejuaraan Grand Prix Dunia (MotoGP) yang berlangsung di Litar Catalunya, Sepanyol, hujung minggu ini.

Selepas tampil kali pertama di Le Mans, pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu terus bekerja keras dan melakukan lebih banyak latihan bersama jentera Kalex bagi mendapatkan pelarasan dan persediaan terbaik sebelum memulakan perlumbaan.

Menurut pengurus pasukan, Barry Leong, Hafizh kini sudah cukup bersedia dari segi fizikal dan mental untuk berhadapan ramai pelumba-pelumba handalan dunia dalam saingan paling kompetitif kelas Moto2.

“Kami melakukan latihan selama dua hari bermula pada 11 Jun lepas di Albacete dan keputusannya cukup positif. Hafizh mempunyai lebih banyak masa untuk memahami jentera barunya terutama untuk menyesuaikan diri dengan penggunaan tayar Dunlop di MotoGP, berbeza dengan tayar Michelin yang digunakan dalam saingan CEV Repsol.

“Kami berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan Hafizh di mana beberapa aspek tunggangannya kita lihat dia mempunyai kelebihan.

"Hafizh perlu menimba lebih banyak pengalaman untuk berhadapan dengan pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman di dalam kelas yang sememangnya sangat kompetitif dan pada masa sama, dia perlu tampil lebih baik berbanding aksi di Le Mans,” jelas Barry.

Mengulas lanjut, Barry berkata, “Kami yakin dari segi fizikal dan kecergasan, dia mampu untuk mengendalikan jentera Moto2 dengan baik.

"Aksinya kini lebih matang dan perkembangan fizikalnya juga berada di landasan tepat. Hafizh kini semakin tinggi dan beratnya juga semakin bertambah.

"Kami harap dia dapat belajar banyak perkara terutama untuk meningkatkan lagi teknik dan kemahirannya sepanjang perlumbaan minggu ini.”

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan