Vettel Kuasai GP Kanada

Diterbitkan: Isnin, 10 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MONTREAL: Pemandu Red Bull, Sebastian Vettel menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Kanada awal pagi Isnin.

Juara dunia tiga kali itu meninggalkan pemandu pasukan Ferrari, Fernando Alonso di tempat kedua dan pemandu pasukan Mercedes, Lewis Hamilton tempat ketiga.

Kemenangan itu membolehkan Vettel mendahului senarai kedudukan pelumba kepada 36 mata manakala pasukan Ferrari melonjak ke tangga kedua senarai pengeluar.

Pemandu Jerman berusia 25 tahun itu meraih kemenangan sulung di Utara Amerika dengan prestasi cemerlang bagi melenyapkan kekecewaan ketika kesilapan pada pusingan terakhir perlumbaan 2011 di Montreal.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan