Pelumba Thailand Juara Kejohanan Pusingan Ke-2 Motocross Asia FIM Di Gong Badak

Diterbitkan: Sabtu, 8 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pelumba Thailand, Jugkrit Suksripaisan yang mempamerkan tunggangan meyakinkan muncul juara kategori Asian MX2 dalam pusingan kedua Kejuaraan Motocross Asia FIM 2013 di trek perlumbaan Kompleks Sukan Gong Badak, di sini, Sabtu.

Dengan kemenangan itu, pelumba kelahiran Ayutthaya yang menunggang motocross jenis Honda mengutip mata tertinggi dalam kedua-dua saingan perlumbaan yang masing-masing perlu ditamatkan dalam masa 20 minit dengan tambahan dua pusingan, sekali gus membawa pulang trofi dan wang tunai US$1,000 (RM3,090).

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh pelumba Jepun, Tomoya Suzuki (US$800) dan pelumba Iran, Ali Borzouzadeh (US$700).

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menyampaikan hadiah.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah serta Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia, Rozi Mamat.

Suksripaisan, 17, ketika ditemui selepas perlumbaan menyifatkan pencapaian itu antara tunggangannya yang terbaik setakat ini selain dibantu keadaan cuaca yang panas terik untuk memecut laju menewaskan 14 peserta lain.

"Cuaca panas benar-benar membantu saya. Saya berasa cukup yakin untuk memecut di atas trek malah ketika melakukan 'lap'," katanya.

Kejohanan yang melibatkan tujuh kategori perlumbaan termasuk empat daripadanya kejohanan Motocross AAM Malaysia, bermula Khamis lepas melibatkan hampir 150 peserta dari Filipina, Thailand, Indonesia, Guam, China, Jepun, Iran dan Malaysia.

Bagi kategori Asian MX85, pelumba cilik negara Muhammad Daud Mohd Kassim mengharumkan nama negara setelah melakukan penguasaan dalam kedua-dua saingan perlumbaan yang masing-masing perlu ditamatkan dalam masa 15 minit dengan tambahan dua pusingan untuk bergelar juara dan membawa pulang wang tunai US$200.

Anak kelahiran Rompin, Pahang, berumur 14 tahun itu menewaskan dua pencabarnya Mark Reggie Flores dari Filipina dan Jacques Gunawardena (Sri Lanka) yang masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

"Kejuaraan ini adalah yang istimewa buat saya kerana ini adalah pencapaian tertinggi saya sehingga peringkat Asia," katanya.

Bagi kateogori Asian Veteran, pelumba Filipina Reigin Royce Leongson muncul juara manakala Stanley Yasuhiro (Guam) dan Marciano San Andres (Filipina) masing-masing di tempat kedua dan ketiga. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan