Vettel Juara GP Bahrain

Diterbitkan: Isnin, 22 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Raikkonen melihat aksi Vettel mencium torfi kejuaraan GP Bahrain pada Ahad.
Raikkonen melihat aksi Vettel mencium torfi kejuaraan GP Bahrain pada Ahad.

BAHRAIN: Pelumba Jerman daripada pasukan Red Bull, Sebastian Vettel berjaya merangkul kejuaraan F1 bagi GP Bahrain pada Ahad.

Juara dunia tiga kali itu berjaya mencatatkan masa 1:36:00:498 saat meninggalkan Kimi Raikkonen daripada pasukan Lotus di tempat kedua.

Vettel meninggalkan Raikkonen 9.1 saat di belakang pada perlumbaan 57 pusingan itu.

Rakan sepasukan Raikkonen, Romain Grosjean daripada Perancis di tempat ketiga dengan catatan masa, 1: 19.507.

Ini merupakan kejuaraan kedua berjaya diraih Vettel musim ini selepas kemenangan kontroversinya pada GP Malaysia bulan lalu.

Keseluruhannya, Vettel kini sudah meraih 28 kejuaraan sepanjang kariernya sebagai pelumba F1.

Bagaimanapun, pesta Vettel direncatkan oleh kejayaan Lotus mengumpul mata dalam kategori pengeluar selepas Raikkonen serta Grosjean menduduki tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu pelumba Mercedes ,Lewis Hamilton hanya mampu menduduki tempat kelima, diikuti rakan sepasukan Vettel, Mark Webber keenam.

Malang bagi Fernando Alonso apabila sekadar menduduki tempat kelapan selepas jenteranya menghadapi masalah teknikal.

KEPUTUSAN F1 GP Bahrain:

1. Sebastian Vettel (Ger) Red Bull 1:36:00.498

2. Kimi Raikkonen (Fin) Lotus 9.111

3. Romain Grosjean (Fra) Lotus 19.507,

4. Paul di Resta (Bri) Force India 21.727

5. Lewis Hamilton (Bri) Mercedes 35.230;

6. Sergio Perez (Mex) McLaren 35.998

7. Mark Webber (Aus) Red Bull Racing 37.244,

8. Fernando Alonso (Spa) Ferrari 37.574,

9. Nico Rosberg (Ger) Mercedes 41.126,

10. Jenson Button (Bri) McLaren 46.631,

11. Pastor Maldonado (Ven) Williams 1:06.450,

12. Nico Hlkenberg (Ger) Sauber 1:12.933,

13. Adrian Sutil (Ger) Force India) 1:16.719,

14. Valtteri Bottas (Fin) Williams 1:21.511,

15. Felipe Massa (Bra) Ferrari 1:26.364,

16. Daniel Ricciardo (Aus) Toro Rosso,

17. Charles Pic (Fra) Caterham),

18. Esteban Gutierrez (Mex) Sauber,

19. Jules Bianchi (Fra) Marussia),

20. Max Chilton (Bri) Marussia (ketinggalan satu pusingan,

21. Giedo van der Garde (Ned) Caterham -baki dua lap

(tidak berjaya habiskan perlumbaan- Jean-Eric Vergne (Fra) Toro Rosso.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan