ARRC: Azlan Afif Cemerlang Di Sepang

Diterbitkan: Isnin, 22 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azlan (tengah) menguasai Pusingan 1 ARRC kategori SuperSports 600c di Litar Antarabangsa Sepang,Ahad.
Azlan (tengah) menguasai Pusingan 1 ARRC kategori SuperSports 600c di Litar Antarabangsa Sepang,Ahad.

SEPANG: Dua pelumba Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman dan Ahmad Afif Amran mempamerkan aksi cemerlang apabila mendominasi kategori masing-masing pada Pusingan 1 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang berakhir di Litar Antarabangsa Sepang, Ahad.

Dalam saingan sengit kategori SuperSports 600cc, Azlan membuktikan status sebagai pencabar utama untuk merebut makhota pada musim ini apabila kini mendahului senarai keseluruhan dengan 45 mata hasil gelaran juara pada Perlumbaan 1 dan naib juara Perlumbaan 2.

Pelumba MUSASHi Boon Siew Honda Racing itu menamatkan Perlumbaan 1 dengan catatan masa keseluruhan 27 minit 41.697 saat, 1.009s di hadapan juara keseluruhan 2011, Katsuaki Fujiwara (BEET Kawasaki Racing) manakala tempat ketiga menjadi milik seorang lagi pelumba Malaysia, Mohd Zamri Baba (PETRONAS Hong Leong Yamaha) dengan masa 27:44.006s.

Pada Perlumbaan 2, Fujiwara menebus kegagalan apabila memenangi perlumbaan sebanyak 25 pusingan itu dengan masa keseluruhan 27:40.417s.

Walaupun cuba memberi saingan sengit dan saling bertukar kedudukan pendahulu, Azlan terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan masa 27:42.70s manakala tempat ketiga menjadi milik rakan sepasukan Azlan, Makoto Tamada dengan masa 27:46.399s.

“Dua kemenangan pada pusingan pertama ini jelas menaikkan semangat saya untuk merebut mahkota kemenangan pada musim ini.

"Namun saingan masih panjang dan ada baki lima pusingan yang perlu dihadapi. Saingan pusingan kedua di Indonesia pada pusingan akan datang cukup penting bagi kami sepasukan dan mudah-mudahan saya dapat terus beraksi cemerlang seperti ini,” jelas Azlan.

Azlan berkata, pada Perlumbaan 2, dia telah mencuba sedaya upaya untuk terus kekal di hadapan Fujiwara, namun cengkaman tayarnya semakin berkurangan.

"Fujiwara memintas saya ketika hanya tinggal beberapa selekoh sahaja lagi untuk ke garisan penamat, saya cuba untuk kembali memintas tetapi tayar saya sudah tidak mampu untuk menampung kelajuan maksimum.

Walau apapun, saya tetap berpuas hati dengan keputusan ini. Perlumbaan minggu ini cukup hebat dan saya juga dapat menimba pengalaman yang cukup berguna,” jelas Azlan yang kini berkongsi kedudukan pendahulu bersama Fujiwara dengan 45 mata manakala Tamada di tangga ketiga dengan 27 mata.

Saingan Underbone 115cc tidak kurang hebatnya setelah Ahmad Afif mempamerkan prestasi konsisten dengan meraih dua kedudukan podium termasuk gelaran juara pada Perlumbaan 2.

Pada perlumbaan tersebut, Afif yang membawa cabaran PETRONAS Hong Leong Yamaha menamatkan saingan 14 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 19:44.791s mengetepikan juara musim lepas, Hadi Wijaya (R9 Racing Team) dengan hanya perbezaan 0.034s di tempat kedua. Tempat ketiga dimenangi pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing, Mohd Affendi Rosli dengan masa 19:44.833s.

Sebelum itu, pada Perlumbaan 1, Ahmad Afif berada di kedudukan ketiga dengan masa keseluruhan 19:49.251s sambil menyaksikan pelumba muda berusia 13 tahun dari Jepun, Kazuki Masaki yang beraksi untuk musim penuh ARRC pertama dirinya, mengejutkan pelumba-pelumba lebih berpengalaman apabila mendahului hampir keseluruhan perlumbaan dan seterusnya selesa melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 19:44.188s.

Berada di belakang pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing itu ialah Hadi dengan masa keseluruhan 19:49.220s.

Dua podium pusingan pertama meletakkan Ahmad Afif di tangga teratas dengan 41 mata, satu mata mengatasi Hadi manakala Masaki di tempat ketiga dengan 34 mata.

“Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan kerana telah menyediakan jentera yang baik untuk saya menghadapi perlumbaan minggu ini.

Walaupun pada sesi latihan bebas dan sesi kelayakan kami gagal tampil cemerlang dan prestasi jentera yang kurang baik, mujurlah segala masalah dapat diatasi pada perlumbaan sebenar dan akhirnya dapat menaiki podium di dalam kedua-dua perlumbaan," katanya.

Dalam saingan Piala Impian Asia, dua pelumba negara, Mohd Fitri Ashraf Razali dan Khairul Idham Pawi turut tampil hebat apabila meraih kedudukan kedua dan ketiga pada Perlumbaan 2.

Fitri yang beraksi untuk musim kedua menamatkan perlumbaan 14 pusingan dengan masa keseluruhan 20:25.920s manakala pelumba berusia 15 tahun, Khairul Idham Pawi dengan masa 20:35.839s. Hiroki Ono dari Jepun muncul juara dengan masa 20:13.212s.

Sebelum itu, pada Perlumbaan 1, Fitri terlepas kedudukan podium apabila sekadar di tangga keempat dengan masa 19:05.765s di belakang juara, Ono yang menamatkan perlumbaan bersendirian dengan masa keseluruhan 18:50.498s.

Tempat kedua dan ketiga menjadi milik pelumba Thailand, Jakkrit Swangswat dan Kanatat Jaiman, masing-masing dengan catatan 18:56.245s dan 19:04.894s.

KEPUTUSAN PENUH

SuperSports 600cc

Perlumbaan 1

1.Azlan Shah Kamaruzaman (Honda) 27’41.697s

2.Katsuaki Fujiwara (Kawasaki) 27’42.706s

3.Mohd Zamri Baba (Yamaha) 27.44.006s

4.Ryuta Kobayashi (Honda) 27’47.911s 5.Makoto Tamada (Honda) 27’47.950s

Perlumbaan 2

1.Katsuaki Fujiwara (Kawasaki) 27’40.417s

2.Azlan Shah Kamaruzaman (Honda) 27’40.482s

3.Makoto Tamada (Honda) 27’46.399s

4.Ryuta Kobayashi (Honda) 27’51.040s

5.Tomoyoshi Koyama (Honda) 27’57.161s

KEDUDUKAN KESELURUHAN

1.Azlan Shah Kamaruzaman (Honda) 45 mata

2.Katsuaki Fujiwara (Kawasaki) 45 mata

3.Makoto Tamada (Honda) 27 mata

4.Ryuta Kobayashi (Honda) 26 mata

5.Tomoyoshi Koyama (Honda) 20 mata

ANUGERAH BERPASUKAN

1.BEET Kawasaki Racing 45 mata

2.Musashi Boon Siew Honda Racing 45 mata

3.Musashi Boon Siew Honda Racing Malaysia 26 mata

4.NTS Japan T.Pro Innovation 20 mata

5.Manual Tech KYT Kawasaki Racing 18 mata

Underbone 115cc

Perlumbaan 1

1.Kazuki Masaki (Honda) 19’44.188s

2.Hadi Wijaya (Yamaha) 19’49.220s

3.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 19’49.251s

4.Gupita Kresna (Kawasaki) 19’50.153s

5.Mohd Amirul Ariff Musa (Honda) 19’50.239s

Perlumbaan 2

1.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 19’44.791s

2.Hadi Wijaya (Yamaha) 19’44.825s

3.Mohd Affendi Rosli (Honda) 19’44.833s

4.Gupita Kresna (Kawasaki) 19’45.115s

5.Ferlando Herdian (Yamaha) 19’45.319s

KEDUDUKAN KESELURUHAN

1.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 41 mata

2.Hadi Wijaya (Yamaha) 40 mata

3.Kazuki Masaki (Honda) 34 mata

4.Gupita Kresna (Kawasaki) 26 mata

5.Ferlando Herdian (Yamaha) 21 mata

ANUGERAH BERPASUKAN

1.PETRONAS Hong Leong Yamaha 41 mata

2.Harian Metro Y-TEQ SKC Honda Racing 41 mata

3.R9 Racing Team 40 mata

4.Kawasaki KYT Rextor Manual Tech 26 mata

5.Givi Honda Yuzy Pachie 21 mata

Asia Dream Cup/ Piala Impian Asia

Perlumbaan 1

1.Hiroki Ono (JPN) 18’50.498s

2.Jakkrit Swangswat (THA) 18’56.245s

3.Kanatat Jaiman (THA) 19’04.894s

4.Fitri Ashraf Razali (MAS) 19’05.765s

5.Reitoku Kurogi (JPN) 19’16.237s

Perlumbaan 2

1.Hiroki Ono (JPN) 20’13.212s

2.Fitri Ashraf Razali (MAS) 20’25.920s

3.Khairul Idham Pawi (MAS) 20’35.839s

4.Gerry Salim (INA) 20’35.870s

5.Zhou Sheng Jun Jie (CHN) 21’21.673s

KEDUDUKAN KESELURUHAN

1.Hiroki Ono (JPN) 50 mata

2.Fitri Ashraf Razali (MAS) 33 mata

3.Khairul Idham Pawi (MAS) 24 mata

4.Gerry Salim (INA) 22 mata

5.Kanatat Jaiman (THA) 21 mata

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan