ARRC: Azlan Kejar Podium

Diterbitkan: Sabtu, 20 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Azlan pada sesi kelayakan di Litar Antarabangsa Sepang, Sabtu.
Aksi Azlan pada sesi kelayakan di Litar Antarabangsa Sepang, Sabtu.

PELUMBA MUSASHi Boon Siew Honda Racing, Azlan Shah Kamaruzaman berada di landasan terbaik memburu podium pertama saingan SuperSports 600c untuk musim 2013 setelah berjaya mencatat masa kedua terpantas dalam sesi kelayakan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, pada Sabtu.

Azlan mencatatkan masa terpantas 1 minit 05.654 saat dan bakal memulakan perlumbaan dari barisan hadapan bersebelahan dengan pelumba BEET Kawasaki Racing, Katsuaki Fujiwara.

Pelumba dari Jepun yang juga juara berganda untuk dua musim berturut-turut di Litar Antarabangsa Sepang itu melakukan catatan terpantas 1:05.569 saat, namun gagal mengatasi catatan terpantas litar, 1:05.330s yang dilakukan Azlan pada sesi latihan bebas, pada Jumaat.

Turut tidak ketinggalan memberikan cabaran ialah seorang lagi pelumba negara, Mohd Zamri Baba (PETRONAS Hong Leong Yamaha) apabila catatan terpantas 1:05.901s meletakkannya untuk memulakan perlumbaan akhir dari petak ketiga.

Walaupun sedikit kecewa, Azlan tetap yakin mampu menamatkan perlumbaan di atas podium.

“Kedudukan di petak kedua masih tidak menjejaskan peluang saya, yang penting saya masih di barisan hadapan dan perlu bermula dengan baik pada perlumbaan akhir pada Ahad,” jelas Azlan.

Tambahnya, keadaan permukaan litar sangat panas sehingga mengganggu rentaknya.

"Setiap kali saya cuba untuk lebih laju, keadaan tayar tidak begitu selesa dan tidak dapat membantu.

"Akhirnya saya membuat keputusan untuk beraksi secara konsisten sahaja sehingga tamat sesi kelayakan," jelasnya.

Sementara itu, dalam kategori Underbone 115cc, selepas muncul pelumba terpantas sesi latihan bebas pada Jumaat, Mohd Amirul Ariff Musa terus memperagakan aksi konsisten apabila turut mencatatkan masa terpantas untuk sesi kelayakan dengan catatan 1:22.783s sekaligus bakal memulakan perlumbaan akhir dari petak pertama.

Pelumba GiVi Honda Yuzy Pachie Team itu mengetepikan juara keseluruhan musim 2012, Hadi Wijaya (R9 Racing Team) yang mencatatkan 1:22.974s manakala seorang lagi pelumba negara, Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) bakal bermula dari petak ketiga dengan catatan terpantas 1:23.292s.

“Cuaca hari ini sangat baik dan begitu sesuai untuk jentera saya, berbeza dengansebelum ini apabila kami terpaksa melakukan sesi latihan bebas kedua dalam keadaan litar yang agak licin.

"Saya harap keadaan cuaca seperti ini pada perlumbaan nanti.

“Jika dibandingkan dengan aksi latihan bebas, tidak banyak perubahan yang saya lakukan, hanya sedikit pelarasan di bahagian suspensi jentera supaya saya lebih selesa.

"Ini membuktikan keupayaan jentera kami di sini memang berada pada tahap terbaik,” jelas Amirul yang meraih tempat kedua pada Perlumbaan 2 ARRC di sini, tahun lalu.

Bagaimana pun Amirul tetap berwaspada dan tidak mahu terlalu yakin.

"Hadi masih merupakan antara pencabar utama pada musim ini. Aksinya semakin baik pada hari ini (Sabtu).

"Malah, saingan rakan senegara seperti gandingan Norizman dan Mohd Affendi Rosli juga tidak boleh diketepikan. Norizman memenangi Perlumbaan 2 di sini musim lepas. Jadi saya perlu bekerja keras dan memilih strategi terbaik untuk menghadapi perlumbaan nanti," tambahnya

Saingan Piala Impian Asia menyaksikan Hiroki Ono terus memimpin barisan muka baru pada edisi kali ini setelah mencatatkan masa terpantas 1:19.455s di hadapan pelumba Thailand, Jakkrit Swangswat yang mencatatkan kepantasan 1:20.260s.

Pelumba Malaysia, Mohd Fitri Ashraf Razali turut tampil cemerlang dengan merakamkan catatan ketiga terpantas, 1:20.368s.

Keputusan Kelayakan

SuperSports 600cc

1.Katsuaki Fujiwara (Kawasaki) 1’05.569s

2.Azlan Shah Kamaruzaman (Honda) 1’05.654s

3.Mohd Zamri Baba (Yamaha) 1’05.901s

4.Makoto Tamada (Honda) 1’06.020s

5.M.Fadli (Kawasaki) 1’06.147s

Underbone 115cc

1.Amirul Ariff Musa (Honda) 1’22.783s

2.Hadi Wijaya (Yamaha) 1’22.974s

3.Norizman Ismail (Honda) 1’23.292s

4.Kazuki Masaki (Honda) 1’23.351s

5.Affendi Rosli (Honda) 1’23.370s

Asia Dream Cup

1.Hiroki Ono (JPN) 1’19.455s

2.Jakkrit Swangswat (THA) 1’20.260s

3.Mohd Fitri Ashraf Razali (MAS) 1’20.368s

4.Dwi Satria (INA) 1’20.539s

5.Kanatat Jaiman (THA) 1’20.806s

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan