ARRC: Azlan Catat Keputusan Terpantas Pada Sesi Latihan Bebas

Diterbitkan: Jumaat, 19 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Akzi Azlan ketika sesi latihan bebas pertama di Litar Antarabangsa Sepang, Jumaat.
Akzi Azlan ketika sesi latihan bebas pertama di Litar Antarabangsa Sepang, Jumaat.

PELUMBA Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman memulakan saingan SuperSports 600cc dengan catatan rekod baru litar pada sesi latihan bebas hari pertama Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang, pada Jumaat.

Dalam misi memburu takhta Kejuaraan yang pertama buat dirinya, pelumba MUSASHi Boon Siew Honda Racing itu mencatatkan masa terpantas 1:05.330s pada sesi latihan bebas pertama di sebelah bagi, memperbaiki catatan terpantas 1:05.337s yang direkodkan ketika sesi ujian pra-musim, Februari lalu.

Namun usaha Azlan untuk melakukan catatan lebih pantas tidak kesampaian setelah sesi latihan kedua berlangsung di dalam keadaan litar basah, sekaligus turut menghalang pelumba-pelumba lain untuk memperbaiki catatan masa masing-masing.

“Semua perancangan berjalan lancar dan keadaan jentera juga cukup memuaskan. Malah kami turut menggunakan pelarasan sama untuk kedua-dua sesi latihan ketika litar kering dan litar basah, malahan saya berasa cukup selesa dengan jentera saya.

"Segala persediaan yang kami lakukan bagi menghadapi saingan musim ini nyata berbaloi malah saya jangkakan kami mampu untuk beraksi dengan lebih pantas,” kata pelumba berusia 29 tahun itu.

Tambahnya, prestasi pada hari ini setidak-tidaknya dapat meningkatkan lagi keyakinannya untuk menghadapi sesi kelayakan pada Sabtu dan perlumbaan sebenar Ahad ini.

Sementara itu,pelumba BEET Kawasaki Racing, Katsuaki Fujiwara mencatatkan masa kedua terpantas, 1:05.745s diikuti Ryuta Kobayashi (Musashi Boon Siew Honda Racing Malaysia), 1’06.415s.

Rakan sepasukan Fujiwara dari Indonesia, , M.Fadli keempat, 1’06.466s, sambil diekori rapat oleh Ahmad Fuad Baharudin (Bike Art Kawasaki Racing) kelima,1’06.521s.

Selain itu bagi aksi Underbone 115cc, pelumba Givi Honda Yuzy Pachie, Mohd Amirul Ariff Musa mencatatkan masa terpantas kategori Underbone 115cc dengan catatan 1:24.183s.

Naib Juara musim 2012 itu mengatasi catatan rakan senegara, Mohd Affendi Rosli (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) yang mencatatkan, 1:24.723s dan pelumba Indonesia, Gupita Kresna (Kawasaki KYT Rextor Manual Tech), 1:25.071s.

Turut berada di kelompok lima pelumba terbaik ialah Harlan Fadhilah (Pertamina Enduro Nissin R9 Cargross) dengan catatan 1:25.352s dan juara bertahan, Hadi Wijaya (R9 Racing Team), 1:25.459s.

Dalam saingan Piala Impian Asia (ADC), naib juara musim 2012, Hiroki Ono kekal menjadi pencabar utama bagi saingan musim 2013. Pelumba Jepun itu muncul pelumba terpantas dengan catatan 1:23.387s.

Dua muka baru, Jakkrit Swangsaswat dari Thailand dan pelumba negara, Khairul Idham Pawi turut mencuri tumpuan apabila berjaya mencatat masa kedua dan ketiga terpantas, masing-masing dengan catatan 1:24.186s dan 1:24.801s menenggelamkan aksi beberapa pelumba musim lepas termasuk pelumba Malaysia, Mohd Fitri Ashraf Razali.

Keputusan Penuh Latihan Bebas

SuperSports 600cc

1.Azlan Shah Kamaruzaman (Honda) 1’05.330s

2.Katsuaki Fujiwara (Kawasaki) 1’05.745s

3.Ryuta Kobayashi (Honda) 1’06.415s

4.M.Fadli (Kawasaki) 1’06.466s

5.Ahmad Fuad Baharudin (Kawasaki) 1’06.521s

Underbone 115cc

1.Mohd Amirul Ariff Musa (Honda) 1’24.183s

2.Mohd Affendi Rosli (Honda) 1’24.723s

3.Gupita Kresna (Kawasaki) 1’25.071s

4.Harlan Fadhilah (Yamaha) 1’25.352s

5.Hadi Wijaya (Yamaha) 1’25.459s

Asia Dream Cup

1.Hiroki Ono (JPN) 1'23.387s

2.Jakkrit Swangsat (THA) 1'24.186s

3.Khairul Idham Pawi (MAS) 1'24.801s

4.Dwi Satria (INA) 1'24.983s

5.Mohd Fitri Ashraf Razali (MAS) 1'25.094s

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan