Bekas Pelumba MotoGP Jadi Pencabar Utama Aksi ARRC 2013

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara pelumba- pelumba yang akan beraksi dalam Petronas Asia Road Racing Championship (ARRC) di Kuala Lumpur pada Rabu. -Foto BERNAMA
Antara pelumba- pelumba yang akan beraksi dalam Petronas Asia Road Racing Championship (ARRC) di Kuala Lumpur pada Rabu. -Foto BERNAMA

KEJUARAAN Motosikal Asia Petronas (ARRC) edisi 2013 pasti ditunggu-tunggu menjelang Pusingan 1 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 19-21 April ini.

Apa yang pasti perlumbaan ini bukan sahaja manyaksikan penambahan pelumba dari 19 ke 23 keseluruhan, tetapi jelas sekali dengan kehadiran bekas pelumba MotoGP dari Jepun, Makato Tamada dalam kategori Supersports 600cc.

Rekod Tamada dalam perlumbaan MotoGP sebelum ini tidak perlu dipertikaikan lagi apabila pelumba berusia 37 tahun ini pernah dinobatkan sebagai juara di Grand Prix Brazil dan GP Jepun pada tahun 2004.

Aksi terakhirnya dalam dunia MotoGP pada tahun 2007 di GP Valencia.

Yamada yang menggantikan juara musim lalu, Ryuichi Kiyonari yang kembali beraksi dalam Kejuaraan Superbike British musim ini.

"Segala persiapan setakat ini berjalan lancar. Saya telah mencuba jentera 600cc dua kali, iaitu di Sepang dan Johor.

"Litar Sepang agak licin sedikit berbanding litar di Johor," jelasnya yang pertama kali menunggang jentera ini.

Menurut Yamada yang pernah beraksi di Litar Sepang pada aksi GP Malaysia 2007, aksi ARRC ini tidak boleh dipandang ringan walaupun dia adalah bekas pelumba MotoGP.

"Antara sebab mengapa saya menyertai ARRC ini adalah kerana pelumba-pelumba Asia semakin meningkat.

"Harap penampilan saya ini mampu memberi saingan kepada mereka sekali gus membawa pelumba-pelumba Asia ke aksi MotoGP.

"Sudah tentu juga, pelumba Manuel Tech Beet Kawasaki Racing, Katsuaki Fujiwara bakal menjadi pencabar utama selepas tahun lalu dia menjadi naib juara keseluruhan dan sebelum itu menjadi juara," jelas Tamada yang bakal bergandingan dengan pelumba Malaysia, Azlan Shah Kamaruddin dalam pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing.

Tambah Yamada, dia menaruh harapan tinggi untuk meraih juara keseluruhan musim ini.

Saingan musim 2013 akan berlangsung sebanyak enam pusingan bermula di Malaysia diikuti Litar Sentul, Indonesia (16-18 Mei), Litar Madras, India (12-14Julai), Litar Suzuka, Jepun (30 Ogos-1 Sept) dan Litar Autopis (6-8 September) sebelum perlumbaan akhir di Litar Losail , Qatar pada 21-23 November).

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan