ARRC:Shahrol Yuzy Sasar Raih Juara Keseluruhan - F1 dan Motor | mStar

ARRC:Shahrol Yuzy Sasar Raih Juara Keseluruhan

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEMASUKI tahun ketiga beraksi dalam Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC), kini pasukan GiVi Honda Yuzy Pachie Team tampil lebih yakin untuk meraih gelaran juara keseluruhan kategori Underbone 115cc musim ini.

Pasukan yang dikendalikan bekas pelumba MoToGP, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini bakal mempertaruhkan pelumba utamanya, Amirul Ariff Musa yang mana tahun lalu meraih naib juara keseluruhan di belakang pelumba Indonesia, Hadi Wijaya.

"Faktor pencapaian tahun lalu menjadikan saya lebih yakin untuk meraih gelaran juara musim ini.

"Saya sedar saingan semakin sengit, tambahan pula Amirul pasti menjadi sasaran bagi pelumba lain, tetapi dengan persiapan rapi yang telah dilakukan, kami harap akan mendapat keputusan yang lebih baik.

"Di samping itu, gandingan Amirul dan seorang lagi pelumba berpengalaman, Md Rozaiman Said mampu menjadikan sasaran saya lebih realistik," jelasnya kepada mStar Online.

Selain itu, Shahrol turut berharap pusingan pertama di laman sendiri, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini membawa tuah kepada pasukannya.

Aksi UB115cc akan menampilkan seramai 11 pelumba dari Malaysia, lima dari Indonesia, seorang pelumba Jepun dan seorang dari Thailand.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan