GP China: Alonso Tawan Litar Shanghai

Diterbitkan: Ahad, 14 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Alonso menjuarai perlumbaan pusingan ketiga Formula Satu di Shanghai pada Ahad.
Alonso menjuarai perlumbaan pusingan ketiga Formula Satu di Shanghai pada Ahad.

PELUMBA Ferrari, Fernando Alonso mempamerkan aksi menakjubkan untuk menawan Litar Antarabangsa Shanghai sekaligus meraih gelaran juara pertama bagi pasukan itu musim ini dalam perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix China, Ahad.

Pelumba Sepanyol itu mengekalkan kedudukan pertama, meninggalkan pelumba Lotus, Kimi Raikkonen di tempat kedua dengan catatan masa 1:36:26.946, manakala pelumba Mercedes, Lewis Hamilton turut meraih podium di tempat ketiga.

Strategi Ferrari menggunakan tayar lembut di litar ini menjadi berbanding sebahagian pasukan lain yang menggunakan tayar medium.

Pun begitu Alonso yang menamatkan perlumbaan 10 saat di depan Raikkonen mengakui masih terlalu awal untuk meletakkan harapan tinggi.

"Saya rasa ia terlalu awal untuk bercakap mengenai gelaran keseluruhan. Kami perlu tunggu sedikit masa lagi.

"Saya harap kami akan berada dalam kelompok terbaik selepas musim panas nanti dan juga berharap Massa turut bersama -sama dalam kelompok ini.

"Selain itu saya juga yakin pasukan Lotus, Red Bull dan Mercedes berada sebaris dengan kami.

"Setakat ini saya tidak nampak mana-mana pasukan yang ada kelebihan. Atau mungkin Red Bull yang agak menonjol di Australia dan juga di Malaysia baru-baru ini," jelasnya.

Alonso juga turut menaruh harapan untuk aksi pusingan keempat di Bahrain minggu depan.

"Sudah tentu ia satu jangka masa yang lama selepas lapan tahun meraih juara di sana, dan bagi saya sekarang adalah masa yang sesuai.

"Pasukan telah melakukan tugas yang sempurna terhadap jentera.

"Kami perlu meneruskan aksi baik ini dan harap di Bahrain kami akan naik podium sekali lagi," katanya.

Sementara itu, juara dunia Sebastian Vettel (Red Bull) hanya berada di tempat keempat selepas menawan Litar Sepang tiga minggu lalu.

Pelumba McLaren, Jensen Button berada di kedudukan kelima, mendahului rakan sepasukan Alonso iaitu Felipe Massa.

Rakan sepasukan Vettel hanya berada di kedudukan ke-20 selepas perlanggaran dengan pelumba Toro Rosso, Jean-Eric Vergne.

SENARAI PENUH PEMENANG GP CHINA:

1.Fernando Alonso - Ferrari 1:36:26.945

2.Kimi Raikkonen - Lotus +10.168

3.Lewis Hamilton - Mercedes +12.322

4.Sebastian Vettel - Red Bull +12.525

5.Jenson Button - McLaren +35.258

6.Felipe Massa - Ferrari +40.827

7.Daniel Ricciardo - Toro Rosso +42.691

8.Paul di Resta - Force India +51.084

9.Romain Grosjean - Lotus +53.423

10.Nico Hulkenberg - Sauber +56.698

11.Sergio Perez - McLaren

12.Jean-Eric Vergne - Toro Rosso

13.Valtteri Bottas - Williams

14.Pastor Maldonado - Williams

15.Jules Bianchi - Marussia

16.Charles Pic - Caterham

17.Max Chilton - Marussia

18.Giedo van der Garde - Caterham

19.Nico Rosberg - Mercedes

20.Mark Webber - Red Bull

21.Adrian Sutil - Force India

22.Esteban Gutierrez - Sauber

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan