Zulfahmi Mahu Teruskan Rentak Cemerlang di Texas

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin mahu meneruskan kecemerlangan pada perlumbaan MotoGP Grand Prix Amerika di Austin, Texas, 21 April ini.

GP Amerika merupakan pusingan kedua daripada 18 pusingan MotoGP Dunia 2013.

"Ini kali pertama perlumbaan MotoGP diadakan di Litar Americas ini. Saya perlu membuat kajian melalui internet dan informasi daripada video perlumbaan yang disediakan oleh MotoGP.com mengenai bentuk litar itu.

"Tidak seperti perlumbaan F1, pelumba menggunakan simulator untuk mengetahui corak perlumbaan di sesuatu litar," katanya ketika ditemui pemberita selepas menjalani rawatan susulan di Institut Sukan Negara (ISN) di sini, Jumaat.

Menurutnya, maklumat itu akan membolehkan beliau mengetahui berapa banyak selekoh dan kelajuan yang perlu ketika mengambil selekoh di litar itu.

Pada perlumbaan pembukaan musim di Litar Losail, Qatar, 7 April lepas, pelumba berusia 21 tahun itu meraih 10 mata selepas menamatkan saingan di tempat keenam.

Mengenai kecederaan pada pergelangan tangan kirinya, Muhammad Zulfahmi berkata ia telah lama dialaminya namun ia tidak mengganggu corak pemanduan ketika berlumba walaupun mengakui masih terasa sedikit sakit.

Pelumba itu mengalami kecederaan itu selepas terlibat dalam kemalangan pada perlumbaan GP Catalunya di Sepanyol tahun lepas dan ia berulang pada akhir ujian pra musim di litar sama, bulan lepas.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Sains Sukan ISN, Md Saadon A.Shukor berkata pemeriksaan mendapati terdapat radang pada urat di pergelangan tangan kiri pelumba itu.

"Masalah itu tidak serius dan tidak memerlukan pembedahan. Untuk kecederaan seperti ini, ia biasanya memakan masa empat hingga lapan minggu untuk pulih sepenuhnya dengan pengawasan ISN," katanya.

"Apa yang menjadi masalah sekarang ialah musim perlumbaan MotoGP sudah bermula dan sukar untuk kita memantau kecederaan itu.

"Sekarang ini beliau terpaksa mempunyai ketahanan mental yang kuat untuk melawan rasa sakit di samping ubat-ubatan dan fisioterapi," kata Md Saadon.

Bagaimanapun, beliau berkata doktor telah membenarkan Muhammad Zulfahmi meneruskan musim perlumbaannya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan