GP Formula 1 Malaysia: Vettel Mohon Maaf Kepada Webber

Diterbitkan: Ahad, 24 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Edisi ke-15 perlumbaan Grand Prix Formula Satu Petronas Malaysia (GP Malaysia) menyaksikan pelumba Infiniti Red Bull, Sebastian Vettel menjuarai perlumbaan pusingan kedua F1 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Ahad.

Vettel mencatat masa 1:38.912, menewaskan rakan sepasukan Mark Webber (1:45.520), manakala tempat ketiga dikuasai pelumba Mercedes AMG Petronas F1, Lewis Hamilton.

Juara dunia 2010,2011 dan 2011 ini mula memberi tekanan kepada rakan sepasukannya sebelum memintas Webber, sekaligus mendahului perlumbaan sehingga lap terakhir.

Hamiltonsebelum itu menjadi tumpuan seketika selepas tersalah memasuki 'pitstop' pasukan lamanya, Vodafone McLaren Mercedes.

Rakan sepasukan Hamilton, Nico Rosberg berada di tempat keempat, manakala Felipe Massa (Scuderia Ferrari) di tempat kelima.

Dalam pada itu, pelumba Scuderian Ferrari, Fernando Alonso gagal meneruskan perlumbaan selepas pada aksi lap pertama jenteranya mengalami masalah teknikal.

Alonso pernah menjuarai perlumbaan di Sepang pada tahun 2012,2007 dan 2005.

Bagaimanapun kemenangan itu menimbulkan kemarahan Webber kerana Vettel tidak mengikut arahan pasukan.

Vettel mengambil alih kedudukan Webber di kedudukan pertama selepas kedua-dua pelumba itu berhenti menukar tayar dan bergerak bersama-sama selepas itu.

Selepas itu, Vettel dilihat cuba menghimpit jentera Webber beberapa kali sebelum memecut laju meninggalkan Webber di salah satu selekoh.

"Vettel membuat keputusan sendiri hari ini, dan itulah yang telah berlaku.

"Selepas di pitstop terakhir, pasukan melaporkan perlumbaan sudah berakhir dan kami menuju ke garisan penamat. Saya memenangi perlumbaan ini, tetapi selepas itu sebaliknya berlaku," jelasnya ketika berada di atas podium.

Sementara itu Vettel, mengakui dia telah mengingkari arahah pasukan dan memohon maaf kepada Webber di atas tindakannya itu.

"Saya melakukan kesilapan besar hari ini. Saya minta maaf kepada Mark.

"Saya tidak mengikari arahan secara sengaja tetapi saya bersalah dalam situasi ini.

"Saya mengambil alih kedudukan Mark, yang mana saya sedar ia jelas mengecewakan dia. Tetapi saya perlu jujur dan saya minta maaf.

"Saya memotong dengan cara yang berisiko dan sepatutnya saya melakukan yang lebih baik.

"Bagaimanapun semuanya sudah berlaku. Saya minta maaf dan keputusan tidak berubah. Tetapi apa yang boleh saya katakan ia tidak sengaja," jelas Vettel pada sidang media.

KEPUTUSAN PENUH GP FORMULA SATU MALAYSIA 2013

1. Sebastian Vettel - Red Bull Racing-Renault 1:38.912

2. Mark Webber - Red Bull Racing-Renault 1:45.520

3. Lewis Hamilton - Mercedes 1:43.541

4. Nico Rosberg - Mercedes 1:43.556

5. Felipe Massa - Ferrari 1:41.004

6. Romain Grosjean - Lotus-Renault 1:44.585

7. Kimi Räikkönen - Lotus-Renault 1:45.591

8. Nico Hulkenberg - Sauber-Ferrari 1:42.184

9. Sergio Perez - McLaren-Mercedes 1:39.199

10. Jean-Eric Vergne - STR-Ferrari 1:41.348

KEDUDUKAN PELUMBA SELEPAS PUSINGAN KEDUA F1:

1. Sebastian Vettel - Red Bull Racing-Renault 40 mata

2. Kimi Räikkönen - Lotus-Renault 31

3. Mark Webber - Red Bull Racing-Renault 26

4. Lewis Hamilton - Mercedes 25

5. Felipe Massa - Ferrari 22

6. Fernando Alonso Ferrari 18

7. Nico Rosberg - Mercedes 12

8. Romain Grosjean - Lotus-Renault 9

9. Adrian Sutil - Force India-Mercedes 6

10. Paul di Resta - Force India-Mercedes 4

11. Nico Hulkenberg- Sauber-Ferrari 4

12. Sergio Perez - McLaren-Mercedes 2

13. Jenson Button - McLaren-Mercedes 2

14. Jean-Eric Vergne - STR-Ferrari 1

15. Valtteri Bottas -Williams-Renault 0

16. Esteban Gutierrez - Sauber-Ferrari 0

17. Jules Bianchi - Marussia-Cosworth 0

18. Charles Pic - Caterham-Renault 0

19. Giedo van der Garde -Caterham-Renault 0

20. Max Chilton - Marussia-Cosworth 0

21. Daniel Ricciardo - STR-Ferrari 0

22. Pastor Maldonado -Williams-Renault 0

KEDUDUKAN PASUKAN SELEPAS PUSINGAN KEDUA F1:

1. Red Bull Racing-Renault 66 mata

2. Lotus-Renault 40

3. Ferrari 40

4. Mercedes 37

5. Force India-Mercedes 10

6. Sauber-Ferrari 4

7. McLaren-Mercedes 4

8. STR-Ferrari 1

9. Williams-Renault 0

10. Marussia-Cosworth 0

11. Caterham-Renault 0

SENARAI PEMENANG GP FORMULA SATU MALAYSIA:

2013: SEBASTIAN VETTEL - Red Bull

2012: Fernando Alonso - Ferrari

2011:Sebastian Vettel - Red Bull Racing

2010: Sebastian Vettel - Red Bull Racing

2009: Jenson Button -Brawn Mercedes

2008: Kimi Raikkonen - Ferrari

2007: Fernando Alonso - McLaren Mercedes

2006: Giancarlo Fisichella - Renault

2005: Fernando Alonso - Renault

2004: Michael Schumacher - Ferrari

2003: Kimi Raikkonen - McLaren -Mercedes

2002: Ralf Schumacher - Williams - BMW

2001 - Ruben Barrichello - Ferrari

2000-Michael Schumacher - Ferrari

1999-Eddie Irvine - McLaren -Mercedes

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan