Pemandu Baru F1 Harap Hasil Baik Dalam Cuaca Panas di Litar

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pemandu baharu perlumbaan Formula Satu (F1)musim 2013 menjangka cuaca panas akan membantu mereka untuk mencatatkan kelajuan lebih tinggi walaupun belum menguji tayar dalam keadaan itu sebelum ini.

Lima pemandu tersebut ialah Jules Bianchi dan Max Chilton daripada pasukan Marussia F1 Team, Esteban Gutierrez (Sauber F1 Team), Valtteri Bottas (Williams F1 Team) serta Giedo van der Garde (Caterham F1 Team).

Gutierrez, 21, berkata keadaan cuaca di Sepang adalah tidak menentu dan ia memainkan peranan utama dengan corak perlumbaan.

"Bagi perlumbaan dalam keadaan panas, tidak ada latihan khusus tetapi perkara penting ialah perlu memastikan badan anda sentiasa terhidrat pada tahap maksimun," kata pelumba Mexico itu pada sidang media di sini, Khamis.

Bagi Chilton, yang pernah beraksi dalam dua perlumbaan GP2 di Litar Sepang , berkata keadaan cuaca panas kali ini tidak seteruk tahun lepas dan perlu memberi tumpuan kepada jentera untuk menghasilkan yang terbaik.

Sementara itu, Van Der Garde menyifatkan keadaan cuaca di Litar Sepang sukar diramal dan berharap ada sedikit hujan di sini.

Pemandu Finland, Bottas, pula berkata beliau tidak mempunyai persiapan khas bagi menangani cuaca panas tetapi akan juga menyesuaikan diri dengan suhu panas dan lembab. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan