Litar Sepang Sedia Cabaran Menarik Bagi Pemandu Caterham

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemandu pasukan Caterham F1 Team menganggap faktor cuaca panas dan lembab di Litar Sepang sebagai cabaran menarik pada perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia, Ahad ini.

Pemandu terbaru pasukan itu, Giedo van der Garde berkata berdasarkan faktor suhu panas dan trek Litar Sepang, ia amat mencabar walaupun tidak mendapat peluang menggunakan trek itu semasa ujian pra musim.

"Sebaik sahaja GP Australia Ahad lepas, saya terus datang ke Malaysia kerana mahu menyesuaikan diri dengan cuaca panas. Bagi diri saya, saya suka berlumba dalam keadaan cuaca kering.

"Tetapi sekiranya hujan di Sepang, saya tidak kisah kerana saya sentiasa berlumba dalam keadaan trek basah di Belanda," katanya pada sesi pertemuan dengan media di Bangsar, di sini, Rabu.

Pemandu warga Belanda berusia 26 tahun itu membuat penampilan sulung pada perlumbaan F1 musim ini selepas memenangi beberapa perlumbaan GP2 sebagai pelumba simpanan bagi pasukan itu tahun lepas.

Seorang lagi pelumba pasukan itu, Charles Pic, berkata mereka perlu menampilkan persembangan menarik di hadapan penonton tempatan.

"Malaysia merupakan perlumbaan pertama dalam gelanggang sendiri bagi pasukan Caterham F1 Team dan saya tidak sabar untuk aksi hujung minggu ini.

"Walaupun kita memulakan musim ini agak baik tetapi kami akan memperbaiki prestasi perlumbaan demi perlumbaan. Kami tahu ia bukan begitu mudah di Sepang," kata pelumba Perancis berusia 22 tahun itu.

Pada GP Australia di Melbourne, Pic menduduki tangga ke-16 manakala Van der Garde di tempat ke-18. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan