F1: GP Australia Perlumbaan Paling Mudah -Raikkonen

Diterbitkan: Isnin, 18 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kimi Raikkonen
Kimi Raikkonen

PEMANDU Lotus Renault, Kimi Raikkonen mengakui aksi pembukaan musim 2013 Grand Prix Formula 1 Australia yang berakhir semalam (Ahad) merupakan antara satu perlumbaan paling mudah sepanjang kariernya.

Raikkonen yang memulakan perlumbaan di petak ketujuh meraih gelaran juara bagi pusingan pertama musim ini dengan diiringi Sebastian Vettel (Red Bull), Felipe Massa (Ferrari) dan Fernando Alonso (Ferrari).

"Perancangan kami berjalan lancar walaupun agak sukar pada lap pertama, namun kami berjaya melakukannya dengan tepat.

"Segalanya dikira sangat sempurna bagi kami. Saya boleh menjimatkan penggunaan tayar dan juga boleh memecut lebih laju jika saya perlukannya.

"Ini adalah antara perlumbaan paling mudah yang pernah saya menjuarainya.

"Diharap kami akan lebih banyak meraih kemenangan selepas ini," jelasnya

Sebelum itu, Alonso kelihatan berada begitu rapat dengan Raikkonen pada lap terakhir tetapi pelumba Finland itu berjaya memecut laju sekaligus mencatat masa terpantas dengan kelebihan sebelas saat.

"Fernando cuba rapat dengan saya tetapi saya cuba menjarakkan diri bagi memastikan saya berada dalam keadaan selesa sekiranya apa-apa kemungkinan seperti keadaan hujan ataupun perkara lain.

"Ia satu perlumbaan yang menarik, tidak terlalu sukar," tambahnya.

Walaupun begitu, Raikkonen sedar perebutan gelaran keseluruhan masih jauh.

"Saya sangat teruja, tetapi ini hanyalah permulaan dan ia belum lagi menguji kami,"

Pada edisi lalu, pelumba McLaren-Mercedes, Jenson Button menguasai perlumbaan pusingan pertama ini.

Perlumbaan pusingan kedua F1, GP Malaysia bakal di diteruskan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 22-24 Mac ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan