132 Pelumba Dari 30 Negara Sah Di Garisan Permulaan LTdL 2013

Diterbitkan: Jumaat, 8 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pierre Rolland dan Andrea Guardini merupakan antara 132 pelumba dari 30 negara yang akan memulakan saingan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013.

Ketua Pegawai Operasi LTdL 2013, Emir Abdul Jalal berkata kesemua pelumba tersebut telah mengesahkan penyertaan pada edisi ke-18 LTdL yang bermula di Kangar, Perlis, 21 Februari ini.

"Dunia akan mengenali Malaysia secara lebih dekat dengan kehadiran pelumba antarabangsa mewakili lima benua...ini ekoran liputan media yang meluas di luar negara," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Antara pelumba hebat bakal menjadi perhatian ialah Rolland, penunggang Perancis berusia 26, yang memenangi salah satu peringkat pendakian Tour de France pada dua edisi lepas.

Guardini, dari Itali, pula merupakan penunggang pertama merangkul kemenangan dalam enam peringkat pada edisi tahun lepas dan penunggang paling banyak meraih kemenangan dalam sejarah LTdL iaitu 11 peringkat.

Dalam saingan kali ini, Malaysia akan diwakili oleh 17 pelumba.

Antara penunggang dari 12 negara Eropah ialah dari dari Belanda, Itali, Sepanyol, Perancis, Slovenia, Jerman, Poland, Begium manakala benua Asia terdairi daripada Jepun, China, Korea Selatan, Singapura, kazakhstan, Indonesia dan Iran.

Negara lain pula ialah Colombia, Argentina, Amerika Syarikat, Venezuela, Afrika Selatan, Ethiopia, Namibia, Australia dan New Zealand.

Sebanyak 22 pasukan termasuk lima pasukan profesional akan menyertai LTdL 2013 melibatkan 10 peringkat perlumbaan, meliputi jarak 1,471.4 kilometer. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan