Pedrosa Ketepi Lorenzo Pada Hari Terakhir Ujian Pra Musim MotoGP

Diterbitkan: Khamis, 7 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Dani Pedrosa pada hari terakhir ujian pra musim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang, Khamis. - Foto M. Azhar Arif/THE STAR
Aksi Dani Pedrosa pada hari terakhir ujian pra musim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang, Khamis. - Foto M. Azhar Arif/THE STAR

SEPANG: Pelumba Sepanyol, Dani Pedrosa mengekalkan gelaran pelumba terpantas pada hari terakhir ujian pra musim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang pada Khamis.

Pedrosa yang mewakili pasukan Honda menguasai kedudukan pertama sejak sesi ujian yang bermula pada Selasa sekali gus mengetepikan juara dunia 2012, Jorge Lorenzo.

Lorenzo sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi menduduki tempat ketiga manakala pelumba Honda Marc Marquez yang juga juara kategori 125cc dan juara bertahan kategori Moto2 menamatkan saingan di tempat keempat.

Tidak seperti dua hari lalu, cuaca pada Khamis agak baik dan litar yang kering memudahkan tunggangan setiap pelumba.

Pada hari terakhir, Pedrosa mencatatkan dua minit 00.100 saat manakala Lorenzo ketinggalan 0.329 saat.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan