Formula Satu Malaysia : Edisi Ke-15 Janjikan Kelainan

Diterbitkan: Rabu, 30 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Petronas Malaysia menjanjikan kelainan sempena sambutan ke-15 perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 23-24 Mac ini.

Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Tun Mahathir berkata, pihaknya yakin kehadiran pengunjung tahun ini lebih besar berbanding edisi lalu.

Berdasarkan kehadiran penonton atau peminat tahun lalu yang mencecah 120,000 sepanjang tiga hari, saya berharap tahun ini sasarkan jumlah pengunjung boleh mencapai 130,000 orang keseluruhannya.

"Dengan adanya keistimewaan One Ticket Unlimited (1TU), saya yakin kehadiran akan lebih meningkat.

"1TU ditawarkan kepada semua pemegang tiket grandstand yang mana mereka boleh menggunakan tiket itu dalam pelbagai acara yang diadakan termasuk menyaksikan konsert selepas perlumbaan.

"Ia juga termasuk untuk kegunaan ERL atau Skybus, baucer makanan dan minuman ataupun untuk diskaun untuk barang-barang cenderamata, " katanya pada majlis pelancaran Grand Prix Formula 1 Petronas Malaysia, Selasa.

Tiket-tiket perlumbaan boleh dibeli secara online melalui www.sepangcircuit. com atau di KL Sentral pada 2 Januari hingga 24 Mac dan di KLCC dari 15 Feb 24 Mac.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan