Ramdan Tekad Pamer Aksi Terbaik

Diterbitkan: Jumaat, 25 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelumba muda 600cc negara, Mohd Ramdan Mohd Rosli tekad memberi saingan musim ini setelah kembali pulih daripada kecederaan pergelangan tangan kirinya tahun lalu.

Ramdan,17, mengalami kecederaan tersebut ketika menjalani latihan di Sepanyol sekali gus menganggap tahun 2012 bukan miliknya.

"Tahun lalu saya tidak beraksi dalam dua perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) iaitu di Taiwan dan Jepun gara- gara kecederaan.

"Malah saya juga gagal menaiki sebarang podium dan berada dalam kelompok kesepuluh keseluruhan," jelas juara kategori CP116 Kejuaraan Cub Prix Petronas AAM 2010 ini.

Menurut pelumba kelahiran Klang, Selangor ini, tahun 2013 membuatkan semangatnya berkobar-kobar untuk beraksi lebih baik.

"Buat masa sekarang saya masih lagi menjalani pemulihan kecederaan yang dialami tahun lalu dan segalanya berjalan lancar.

"Saya akan mula menjalani latihan dalam masa terdekat nanti.

"Tahun ini saya akan melakukan yang terbaik dan akan cuba dapatkan wildcard bagi menyertai kategori dalam MotoGP tahun ini," katanya.

Dalam pada itu juga, Ramdan menaruh harapan agar satu hari nanti dia mampu berada di tempat pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah ataupun pelumba MotoGP tunggal negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin.

Ramdan akan memulakan aksi ARRC pusingan pertama di Sepang pada April ini , manakala Kejuaraan Cub Prix pada Mac di Johor.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan