Jazeman Sertai Siri Formula Renault 3.5

Diterbitkan: Khamis, 10 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jazeman Jaafar
Jazeman Jaafar

PELUMBA remaja negara, Jazeman Jaafar bakal melangkah ke kejuaraan berprestij, Formula Renault 3.5 (FR3.5) bagi saingan musim 2013, sekaligus bakal merealisasikan impiannya untuk menjadi pelumba Formula Satu (F1) satu hari nanti.

Pelumba berusia 20 tahun ini terus mendapat sokongan PETRONAS bagi menyertai siri FR3.5 ini, dan sekali lagi akan bersama pasukan Carlin, pasukan sama yang melonjakkan karier perlumbaannya dalam saingan Formula 3 Britain (F3) sepanjang tiga tahun lepas.

“Saya begitu gembira setelah disahkan akan menyertai FR3.5 pada tahun 2013 dan sudah tidak sabar untuk berada di petak mula dalam Kejuaraan Siri Dunia Renault ini. Selepas melalui musim yang hebat di dalam siri F3, berita ini cukup menakjubkan."

“Saya berterima kasih kepada PETRONAS kerana meneruskan sokongan dan percaya terhadap kemampuan saya.

"Saya cukup berbangga dapat beraksi bersama jenama berprofil tinggi dalam dunia sukan global hari ini,” jelas Jazeman sewaktu membuat pengumuman tentang penyertaannya dalam saingan FR3.5 pada Rabu.

FR3.5 merupakan kejuaraan utama dalam Kejuaraan Siri Dunia oleh Renault yang diiktiraf sebagai perlumbaan perantara sebelum pelumba melangkah ke F1, kejuaraan tertinggi dalam sukan pemotoran.

Jenama Carlin telah telah melahirkan ramai pelumba bintang termasuklah Sebastian Vettel, Jaime Alguersuari dan Jean-Eric Vergne yang telah mencipta nama di F1, kesemuanya lahir dari pasukan Carlin’s Formula Renault 3.5.

“Saya cukup selesa kerana terus bersama Carlin. Seluruh pasukan ini sudah seperti keluarga saya sendiri. Saya tahu bagaimana cara mereka bekerja, mereka mempunyai kualiti yang tinggi selain sama-sama mempunyai keinginan untuk menang yang telah membawa kami mencapai kejayaan musim ini dan mudah-mudahan ia akan berterusan.”

Tahun ketiga Jazeman dalam saingan Formula 3 Britain pada tahun lepas berakhir dengan cukup cemerlang. Secara keseluruhan, Jazeman mengumpul 306 mata untuk berada di tangga kedua keseluruhan dengan pencapaian tiga kemenangan, 15 kedudukan podium dan 21 kali berada di kelompok lima pelumba teratas dalam 29 perlumbaan keseluruhan.

Selain itu, singan pada kejuaraan FR3.5 turut menyaksikan Jazeman akan beraksi di venue baru termasuklah litar terkenal dan menjadi ikon dalam sukan pemotoran, Litar Monaco, yang mana saingan FR3.5 turut menjadi perlumbaan sokongan kepada Formula 1 Grand Prix Monaco.

Menyentuh tentang aksi bersama Carlin, Trevor Carlin pula turut gembira kerana PETRONAS terus menaruh kepercayaan untuk Jazeman beraksi bersama mereka pada musim 2013. “Kami berbangga kerana Jazeman telah bersama kami sepanjang tiga musim lepas. Kami dapat melihat kematangan dan juga peningkatannya saban tahun.

"Jazeman masih muda tetapi ini adalah masa yang sesuai untuknya beralih ke FR3.5. Menilai prestasinya sepanjang sesi ujian yang dilakukan, saya menjangkakan dia mampu untuk mempamerkan lebih banyak peningkatan walaupun ini adalah aksi pertamanya dalam siri perlumbaan ini.”

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan