TOV 2012: Zamri Raih Podium Pusingan Keempat

Diterbitkan: Jumaat, 21 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELUMBA tonggak Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Zamri Salleh mencuri tumpuan apabila berjaya menaiki podium selepas menduduki tempat ketiga pada perlumbaan peringkat keempat kejohanan Tour of Vietnam 2012 (ToV 2012) sejauh 175 kilometer dari Thanh Pho Long Xuyen – Chau Doc – Thanh Po Long Xuyen ke Can Tho City.

Mohd Zamri yang juga juara kebangsaan Malaysia jelas memanfaatkan pergerakan yang dimulakan oleh adiknya, Mohd Harrif Salleh dan seorang lagi pelumba skuad lebuh raya negara, Ahmad Fakrullah Alias untuk mengucup kemenangan podium pertamanya dengan rakaman masa 4 jam 05 minit 04 saat dengan purata kelajuan 42.845 kmj.

Mohd Ekbar Zamanhuri - pelumba muda yang baru kali kedua beraksi pada pertandingan antarabangsa muncul pelumba terbaik negara apabila menduduki tempat ke-20 dengan catatan masa serupa.

Namun, Ahmad Fakrullah baru pulih daripada kemalangan setius pafa 2011 yang hampir meranapkan kariernya bersama pasukan kebangsaan jelas berputih untuk menghadiahkan kemenangan podium pertama buat pasukan Malaysia gara-gara keluar terlalu awal daripada garisan 200 meter.

Bagaimanapun, pada garisan 10 meter dia jelas tidak mampu untuk meneruskan henjutan dan akhirnya dipotong Mohd Zamri dan Mohd Harrif yang berjaya menduduki tempat keempat dengan catatan masa serupa.

"Saya gembira kerana TSG dapat kemenangan podium untuk dua hari berturut-turut.

"Saya hadiahkan kemenangan ini untuk semua rakan sepasukan saya. Cuma sayang saya gagal menangkap dua pelumba yang melakukan pemecahan awal," katanya.

Anak buah Aminuddin Sulaiman bagaimanapun masih boleh berbangga kerana pasukan lebuh raya negara mengatasi TSG dari segi masa keseluruhan berpasukan apabila menduduki tempat ke-9 dengan masa 47:50:02s.

TSG yang menampilkan pasukan terkuatnya di ToV 2012 hanya sekadar menduduki tempat ke-12 dengan masa 47:53:17s.

Malah, pasukan kebangsaan Malaysia turut berjaya mengatasi catatan masa pasukan kebangsaan Uzbekistan yang menduduki tempat ke-11 berpasukan keseluruhan sekalipun membariskan pasukan utamanya.

Aminuddin kemudian bingkas memuji persembahan pelumba muda, Abdul Rashid Ibrahim yang berjaya mencuri 10 mata pada kutipan mata jersi biru (raja pecut) sesudah menduduki tempat ke-2 pada zon pecutan pertama dan ke-3 pada zon pecutan kedua semalam.

Paling menarik, pelumba tersebut melakukan pemecahan hampir 140km bersama empat pelumba termasuk dari pasukan trek Astanadan Max Success Sport sebelum ditangkap kelompok besar pendesak tatkala perlumbaan tinggal cuma 5km.

"Persembahan yang ditunjukkan oleh Abdul Rashid jelas memeranjatkan saya. Sebelum ini dia turut melakukan pemecahan pada perlumbaan peringkat kedua. Pada waktu itu dia melakukan pemecahan lebih 120km.

"Saya agak terperanjat dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Abdul Rashid. Apatah lagi dia baru berlatih bersama saya.

"Namun dia dua kali berjaya melakukan pemecahan lebih daripada 120km. ini satu persembahan yang sangat bagus untuk seorang pelumba yang baru kali kedua menyertai kejohanan besar di luar negara," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan