Cub Prix: Amirul Ariff Juara Keseluruhan Kategori CP115

Diterbitkan: Ahad, 2 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU KAWAN: Kejuaraan Cup Prix AAM Malaysia Petronas 2012 yang berakhir di sini menyaksikan pelumba pasukan Pachie Yuzy Honda Racing Mohd Amirul Ariff Musa menjulang piala sebagai juara keseluruhan bagi kategori CP115 musim ini.

Beliau yang menduduki tempat keempat pada perlumbaan hari ini mengumpul 142 mata selepas 10 pusingan.

Tempat kedua keseluruhan milik Shahril Izwan Mohd Noor dari pasukan Petronas Syntium Moto Yamaha AHM dengan kutipan mata sebanyak 120 diikuti pelumba M-Seki Liberty Honda Racing S.Sasitharen yang mengutip 105 mata.

Pada perlumbaan hari ini, pelumba Motul Yamaha YY Pang Racing Mohd Azhar Abdul Jalil menjuarai ketegori itu dengan catatan 10:59.429s, diikuti Sasitharen (11:00.197s) dan pelumba AAP Mazoil Armstrong Motorsport Mohd Haiekal Akmal Zakaria di tempat ketiga (11:02.962s).

Mohd Amirul berkata beliau bermula di petak ke-15 selepas jenteranya berdepan sedikit masalah ketika ujian masa pagi tadi.

Bagi kategori CP130, juara keseluruhan diketahui sejak awal lagi apabila pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing 2 Azlan Shah Kamaruzaman mengutip 156 mata dikuti rakan sepasukan Mohd Affendi Rosli yang mengumpul 123 mata dan di tempat ketiga ialah pelumba Faito Motobert Racing Ahmad Fuad Baharudin dengan 122 mata.

Pelumba itu ditabal juara keseluruhan pada pusingan 9 di Litar Sepang baru-baru ini walaupun sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keempat setelah dua pencabar utama, Ahmad Fuad dan pelumba Pachie Yuzy Honda Racing Mohd Zaqhwan Zaidi tidak mampu lagi memberikan cabaran.

Pada perlumbaan hari ini, Azlan Shah hanya menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 13:28.762s manakala tempat pertama milik pelumba Petronas Syntium Mohd Zamri Baba (13:25.957s) diikuti pencabarnya, Mohd Affendi (13:27.565s).

Sementara itu, pelumba pasukan Mos Track Pro Yamaha Racing Mohd Hafiz Nor Azman, yang menduduki tempat kedua pada perlumbaan akhir hari ini, mengesahkan kejuaraan bagi kategori Wira.

Selepas sembilan pusingan, Mohd Hafiz mendahului senarai kedudukan keseluruhan dengan 165 mata dan hanya dicabar hebat oleh pelumba AAP Mazoil Armstrong Motorsport Fakhrusy Syakirin Roslan, yang berada di kedudukan kedua dengan perbezaan tujuh mata.

Dalam saingan kategori Wira, pelumba Motul Yamaha YY Pang Racing Mohd Izzat Zaidi Mohd Salehan mempamer aksi cemerlang apabila muncul juara dengan catatan masa 9:17.716s meninggalkan pencabar terdekat, Mohd Hafiz yang mencatat masa 9:15.087s diikuti pelumba Faito YSP Racing Team Mohd Hafiza Rofa (9:16.559s). -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan