Cub Prix: Shahril Mahu Menang Demi Peminat

Diterbitkan: Jumaat, 30 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shahril menjulang trofi juara pada Pusingan 6 baru-baru ini.
Shahril menjulang trofi juara pada Pusingan 6 baru-baru ini.

PELUMBA Petronas Syntium Moto Yamaha AHM, Shahril Izzuwan Mohd Noor berhasrat untuk menghadiahkan kemenangan kepada peminat-peminatnya apabila turun beraksi dalam kategori CP115 pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Stadium Batu Kawan pada 1 dan 2 Disember ini.

Walaupun sedar peluang mempertahankan mahkota gelaran CP115 yang dimenangi pada musim 2011begitu tipis setelah ketinggalan 17 mata kepada pendahulu ketika ini, Shahril tetap fokus dan bersedia menangkis segala tekanan yang bakal dihadapi pada minggu ini.

Pada masa sama, anak jati Pulau Pinang ini mahu menebus aksi lemah di litar sepanjang 1263.5 kilometer ketika beraksi dalam kategori CP130 pada saingan pembukaan musim, Mac lepas sebelum dia kembali ke kategori CP115 pada pusingan berikutnya.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan tentang peluang mempertahankan takhta kejuaraan. Jurang perbezaan mata saya dengan Amirul sangat besar dan agak mustahil untuk saya meraih gelaran juara keseluruhan melainkan Amirul terjatuh ataupun menamatkan perlumbaan tanpa sebarang mata.

"Saya hanya mahu memberikan yang terbaik pada perlumbaan terakhir untuk musim ini. Selain itu, perlumbaan di Batu Kawan agak istimewa dengan kehadiran keluarga, rakan-rakan dan juga penyokong-penyokong saya yang pasti menaikkan lagi semangat saya untuk menang pada minggu ini,” jelas Shahril.

Berbaki satu pusingan sahaja lagi daripada 10 pusingan keseluruhan, Shahril kini berada di tangga kedua keseluruhan dengan 112 mata manakala Amirul (Pachie Yuzy Honda Racing) di tangga teratas dengan 127 mata. Mohd Emir Firdaus Hasan (M-Seki Liberty Honda racing) berada di tangga ketiga dengan mengumpul 100 mata.

“Mudah-mudahan nasib saya kali ini bertambah baik. Walaupun tidak mampu untuk mempertahankan gelaran, saya mahu menamatkan musim ini di atas podium.”

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan