F1: Whitmarsh Sedih Hamilton Tinggalkan McLaren

Diterbitkan: Selasa, 27 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Martin Whitmarsh
Martin Whitmarsh

BOS McLaren, Martin Whitmarsh mengakui dirinya sedih apabila Lewis Hamilton meninggalkan pasukan ini selepas berakhirnya perlumbaan pusingan terakhir Formula Satu di Brazil Ahad lalu.

Hamilton menaruh harapan tinggi untuk menamatkan musim ini dengan penuh kejayaan, namun malang buatnya apabila mengalami perlanggaran dengan Nico Hulkenberg.

Keputusan Hamilton itu sekaligus menjadikan minggu penuh emosi di antara pemandu dan pasukan.

"Saya sangat sedih kerana telah lama bersama lebih 15 tahun, serta telah melalui pelbagai situasi bersamanya.

"Dia seorang pemuda yang baik, aset yang penting bagi pasukan dan sudah tentu saya kecewa apabila dia meninggalkan kami.

"Ia memang beremosi tetapi kami adalah sebuah pasukan yang kuat dan perlu lalui keadaan ini. Kami kini sedang 'mengerjakan' sebuah jentera yang lebih hebat untuk musim depan," jelas Whitmarsh.

Menurut Whitmarsh, McLaren tidak akan membuang masa dengan berfikir perkara itu kerana pihaknya telah berusaha untuk memujuk juara dunia 2008 terus kekal dengan pasukannya.

"Seperti Lewis, saya tidak membuang masa dengan perkara itu. Apa yang berlaku tetap berlaku.

"Saya tahu tawaran yang kami telah buat amat tinggi berbanding dengan pelumba lain. Namun saya dapat agak dia menerima tawaran yang lebih baik dan inilah lumrah hidup.

"Dia juga merupaka kawan lama kami. Tahun depan dia bakal menjadi lawan pasukan ini dan kami akan cuba menewaskannya.

"Namun saya yakin, kami akan tetap meneruskan hubungan baik ini," tambah Whitmarsh.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan