Selamat Tinggal F1: Schumacher

Diterbitkan: Isnin, 26 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Schumacher bergambar bersama pasukannya buat kali terakhir.
Schumacher bergambar bersama pasukannya buat kali terakhir.

PELUMBA Mercedes, Michael Schumacher mengucapkan selamat tinggal kepada arena Formula Satu apabila menamatkan saingan Grand Prix Brazil di tempat ketujuh yang menyaksikan Sebastian Vettel sebagai juara buat kali ketiga berturut-turut.

Secara kebetulan tempat ketujuh itu adalah sama ketika dia bermula di petak ketujuh pada kemunculan pertama kali dalam sukan itu di Belgium pada 1991 untuk pasukan Jordan yang sudah tidak wujud lagi.

Malah juara dunia tujuh kali itu memakai nombor tujuh pada perlumbaan di Litar Interlagos pagi tadi.

Selepas membabitkan diri selama 21 tahun, dia dianggap pemandu paling berjaya dalam sejarah Formula Satu apabila mencatat 91 kemenangan, Schumacher mampu bertahan sehingga berusia 43 tahun.

Schumacher telah mengumumkan persaraannya dalam bidang ini buat kali kedua selepas Mercedes mengambil keputusan untuk membawa masuk Lewis Hamilton bagi musim 2013.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan