Ahmad Yakin Kutip Mata Di Litar Sepang Hujung Minggu Ini

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahmad Abdul Kadir yakin saingan pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2012 di Litar Sepang Selatan hujung minggu ini, akan memberi peluang kepadanya mengutip mata.

Pelumba Apido Yamaha Boon Kui Racing itu jelas belum mahu menyerah kalah dalam perebutan mahkota kejuaraan kategori CP115 kepada pelumba Petronas Syntium Moto Yamaha AHM, Shahril Izzuwan Mohd Noor yang mendahului carta dengan 110 mata.

"Masih ada 50 mata maksimum untuk dikutip. Walaupun sukar, keseluruhan pasukan telah membuat persediaan secukupnya untuk meneruskan saingan terutama bagi menghadapi saingan di Sepang," katanya dalam kenyataan Selasa.

Pelumba kelahiran Sarawak itu yakin prestasinya mampu dikembalikan seperti lima pusingan awal bagi saingan musim ini, setelah mempamerkan aksi mengecewakan pada tiga pusingan lepas.

"Kami menaiki podium di Batu Kawan, Kangar dan Teluk Intan. Namum selepas itu segalanya serba tidak menjadi. Saya gagal menemui rentak dan pelarasan baru yang kami gunakan pula tidak menjadi.

"Sewaktu perlumbaan, walaupun jentera laju pada peringkat awal, menuju ke penghujung perlumbaan, kelajuannya semakin menurun," katanya.

Ahmad berkata seluruh pasukannya telah bersedia menyediakan jentera terbaik untuk perlumbaan di Sepang bagi terus mengutip mata selain memastikan berjaya menamatkan perlumbaan dalam kelompok lima pelumba terbaik

"Kami yakin dapat mengubah nasib kami kali ini. Litar Sepang lebih lebar, selekohnya yang laju dan juga laluan lurus yang panjang selain turut memerlukan penggunaan brek yang kuat.

"Apa yang sedikit membimbangkan ialah tentang pelarasan enjin nanti. Kami akan terus menggunakan formula baru yang digunakan ketika ini dan jika kurang berkesan, kami akan kembali seperti mana yang digunakan pada awal musim," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan