Modenas Kembali Sertai Cub Prix

Diterbitkan: Selasa, 6 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jentera Modenas kembali beraksi pada musim depan.
Jentera Modenas kembali beraksi pada musim depan.

PENGELUAR motosikal jenama tempatan Modenas mengumumkan bakal membuat kemunculan kembali dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bermula pada musim 2013.

Selepas dua tahun tanpa kehadiran Modenas, kejuaraan motosikal terulung di Malaysia ini sekali lagi bakal menyaksikan pertarungan diantara empat pengeluar motosikal gergasi yang mewakili 90 peratus jumlah keseluruhan pasaran motosikal di Malaysia iaitu Honda, Modenas, Suzuki dan Yamaha.

"Kemasukan semula Modenas dalam kejuaraan ini merupakan satu berita baik buat industri pemotoran secara keseluruhannya, dan juga baik buat pasukan dan pelumba-pelumba sendiri.

"Dengan pembabitan lebih banyak pengeluar bersama kejuaraan ini, ia akan memberi lebih banyak peluang kepada pasukan-pasukan untuk menerima sokongan kilang dan pada masa sama dapat memberi faedah kepada pelumba-pelumba.

"Selain itu, Modenas juga berikrar untuk meneruskan usaha mereka dalan usaha mencari dan membentuk pelumba-pelumba baru. Kita jangan lupa pelumba Grand Prix (GP) negara, Zulfahmi Khairuddin memulakan kariernya bersama jentera Modenas," kata Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg.

Tambahnya, pertambahan sokongan pengeluar akan dapat meningkatkan persaingan di peringkat akar umbi lagi.

"Pada masa ini, penggunaan teknologi di dalam Cub Prix sudah berada di tahap tinggi dan ia bukan sekadar melahirkan pelumba-pelumba negara malah juga melahirkan jurutera jurutera berkebolehan dari Malaysia.

"Pembangunan seimbang seperti ini menjadi agenda penting kami dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai pelumba bertaraf dunia.

"Modenas juga akan sama-sama memainkan peranan penting kerana kita tidak tahu dari mana dan bilakah bakat-bakat baru bertaraf dunia akan dilahirkan pada masa akan datang. Semakin sengit sesuatu pertandingan itu sudah pasti akan menghasilkan keputusan lebih cemerlang," katanya.

Bagi Modenas, selain sebagai sumbangan mereka terhadap pembangunan sukan pemotoran negara, penyertaan semula ke dalam Cub Prix berupaya meningkatkan pemasaran strategik dan keupayaan diperingkat kajian dan pembangunan mereka.

"Kami mempunyai kenangan manis sewaktu menyertai Cub Prix pada tahun 2008 sehingga ke 2010. Antara kejayaan yang kami capai termasuklah kemunculan Zulfahmi yang kini menjadi pelumba GP.

"Melalui penglibatan di Cub Prix, kami dapat meningkatkan keyakinan orang ramai dengan membuktikan ketahanan dan prestasi yang ada pada jentera kami.

"Di tambah dengan penggunaan teknologi terkini sedia ada pada enjin kami ketika ini, Modenas yakin mampu sama-sama bersaing untuk merebut mahkota kejuaraan pada musim depan," jelas jurucakap Modenas."

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan