Rizal Pertahan Kejuaraan Di Shanghai

Diterbitkan: Isnin, 29 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELUMBA Lamborghini negara, Rizal Ashram Ramli yang mewakili Lamborghini Kuala Lumpur sekali lagi melakar sejarah apabila menjuarai perlumbaan Kejuaraan Lamborghini Blancpain Supertrofeo Asia 2012 di Litar Antarabangsa Shanghai, China Sabtu lalu.

Rizal menakluki litar sepanjang 5.45 kilometer ini dengan 16 selekoh dalam tempoh 50 minit sebagaimana kriteria perlumbaan dan mencatat perbezaan masa 3.8 saat di hadapan tempat kedua iaitu Davide Rizzo dari BBT Racing Team.

Kemenangan Rizal ini sekali gus meletakkannya juara bertahan selepas empat kali berturut-turut bergelar juara di litar Ordos di kedua-dua pusingan pada Ogos lalu dan Guangzhou pada pusingan kedua bulan lepas.

Meskipun berada di kedudukan kedua pada pusingan pertama dengan perbezaan kecil 0.002 saat di belakang Charlie-Ro Charlz dari Lamborghini Singapura, Rizal masih terus gigih mengumpul mata bagi bergelar juara keseluruhan Kejuaraan Lamborghini Blancpain Supertrofeo Asia 2012.

Menurutnya yang beberapa kali mencatatkan masa terpantas di atas litar yakin strategi dan percaturannya kali ini berjaya hingga mampu meletakkan dirinya tersenarai menjuarai sekali lagi.

"Perancangan untuk memotong pesaing di depan lebih awal memang 'menjadi'. Devide Rizzo umpamanya adalah pelumba yang berkaliber dan tidak mudah untuk menumpaskannya.

"Mujur kali ini peluang itu di sebelah saya dan kedudukan berada di depan sejak pusingan awal kekal hingga ke minit ke-50.

"Bagaimanapun saya masih menyifatkan perlumbaan di Shanghai ini adalah paling mencabar kerana saya hanya berada di petak ketiga pada pusingan kelayakan. Kiranya saya perlu lebih fokus dan bekerja keras untuk memintas yang lain.

"Alhamdulillah saya berharap tenaga dan semangat ini akan terus untuk pusingan terakhir 9 November depan bagi saya menjuarai kejohanan keseluruhan," katanya.

Pada aksi kelayakan Jumaat lalu, Rizal berjaya mempamerkan aksi kemas sekali gus meletakkannya berada di kedudukan ketiga dalam kedua-dua pusingan.

Menjuarai empat kali perlumbaan dan tempat kedua di litar Fuji, Jepun dan satu pusingan di Guangzhou pada Julai lalu meletakkan Rizal di kedudukan kedua dalam mengumpul mata keseluruhan.

"Mujur pusingan terakhir nanti akan diadakan di litar yang sama yang mana saya sudah selesa dengan keadaan dan halangan selekohnya. InsyaAllah ia akan lebih mudah buat saya nanti.

"Kegagalan saya menyudahkan perlumbaan di litar antarabangsa Sepang pada Mei lalu dan kemudian mengalami kemalangan di pusingan pertama di Fuji sedikit menganggu kutipan markah.

"Justeru saya tidak mengharap apa-apa sebaliknya lebih gembira jika berjaya menyudahkan semua perlumbaan ini," katanya.

Rizal akan kembali mengumpul mata dalam perlumbaan Kejuaraan Lamborghini Blancpain Supertrofeo Asia 2012 yang terakhir pada 9 dan 10 November depan di litar antarabangsa Shanghai bagi mengejar gelaran juara keseluruhan kejohanan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan