Zulfahmi Mula Dengan Langkah Kanan Pada MotoGP Australia

Diterbitkan: Jumaat, 26 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara Muhammad Zulfahmi Khairuddin menampilkan persembahan yang membanggakan dalam kedua-dua sesi latihan bebas pada MotoGP Grand Prix Australia di Litar Philip Island, Jumaat.

Pelumba pasukan AirAsia SIC Ajo Racing Team itu, yang menunggang motosikal KTM berkuasa 250cc, mencatatkan masa ketujuh terpantas dengan 1 minit 41.261 saat pada sesi latihan pertama.

Sesi latihan tersebut juga menyaksikan pelumba Sepanyol, Maverick Vinales, yang menarik diri daripada pasukan Blusens Avintia pada MotoGP GP Malaysia minggu lepas, kembali semula dengan mencatatkan masa keempat terpantas dengan 1:39.902s.

Menurut kenyataan Sepang International Circuit (SIC) hari ini, juara dunia Moto3 yang baru dinobatkan, Sandro Cortese dari Jerman, menungguli sesi latihan bebas di tempat pertama diikuti rakan sepasukannya dari KTM Red Bull Ajo, Danny Kent dari Britain.

Zulfahmi, yang gagal layak pada penampilan sulung pada GP Australia pada 2010 dan menduduki tempat ke-27 dalam kategori 125cc tahun lepas, memperbaiki catatan masa pada sesi kedua dengan 1:40.325s bagi menduduki tempat keenam terpantas.

Mengulas persembahan Zulfahmi, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata pelumba muda itu lebih selesa dengan jentera 250cc dalam kategori Moto3 berbanding motosikal berkuasa 125cc yang lebih ringan.

"Kami harap beliau dapat membawa momentum di Sepang Ahad lepas ke perlumbaan GP Australia Ahad ini. Sekali lagi, kita berharap beliau dapat meraih kedudukan lima terbaik dan memperkukuhkan kedudukan dalam tangga kedudukan kejuaraan dunia," katanya.

Pelumba berusia 21 tahun itu mencipta sejarah apabila berjaya meraih kedudukan kedua pada MotoGP GP Malaysia Ahad lepas, iaitu pencapaian podium pertama dalam siri dunia itu.

Perlumbaan Moto3 GP Malaysia itu dimenangi oleh Cortese, sekali gus dinobatkan juara Moto3 musim ini apabila mengumpul 280 mata. Tempat kedua diduduki pelumba pasukan Kalex KTM, Luis Salom dari Sepanyol dengan 207 mata.

Berbaki dua perlumbaan dalam siri MotoGP Dunia termasuk GP Australia, Zulfahmi kini menduduki tempat ketujuh keseluruhan dengan mengumpul 112 mata. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan