Zulfahmi Hadapi Tugas Berat MotoGP Australia

Diterbitkan: Jumaat, 26 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara Muhammad Zulfahmi Khairuddin, yang berjaya meraih kedudukan kedua pada MotoGP Grand Prix Malaysia Ahad lepas, dijangka menghadapi tugas berat di GP Australia di Philip Island, hujung minggu ini.

Namun begitu, Litar Philip Island bukan sesuatu yang janggal bagi pelumba berusia 21 tahun itu kerana beliau pernah bersaing sebanyak dua kali dalam kategori GP 125cc di litar berkenaan.

Bagaimanapun, beliau hanya mampu menduduki tempat ke-20 tahun lepas dan gagal layak pada penampilan sulung pada 2010.

"Perlumbaan GP Australia adalah amat sukar dengan ciri litarnya agak ketat, pantas serta berangin...ia amat mencabar bagi pelumba," kata pelumba kelahiran Banting, Selangor, itu dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Bermula Jumaat hingga Ahad ini, litar Philip Island sepanjang 4,448 meter, tujuh selekoh kiri dan lima selekoh kanan serta laluan lurus utama sepanjang 900 meter itu dianggap litar paling lancar dalam kalender MotoGP dunia.

"Litar itu amat berbeza dengan Sepang. Sememangnya saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang terbaik," kata pelumba pasukan Team AirAsia-SIC-Ajo itu.

Zulfahmi berkata keutamaan beliau adalah untuk mempertahankan tempat ketujuh dalam kedudukan semasa secara keseluruhan dengan 112 mata, 18 mata di hadapan pelumba kelapan, Miguel Oliveira dari Sepanyol.

Berbaki dua pusingan dalam siri kejuaraan dunia musim ini, gelaran Moto3 dunia musim ini sudah dimenangi oleh pelumba berusia 22 tahun dari Jerman, Sandro Cortese selepas mengumpul 280 mata setelah menjuarai GP Malaysia 2012.

Tempat kedua diduduki oleh pelumba pasukan Kalex KTM, Luis Salom dari Sepanyol dengan 207 mata.

Sementara itu, baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Datuk Razlan Razali mengumumkan bahawa Zulfahmi ditawarkan untuk menunggang bagi pasukan berprestij Red Bull KTM Ajo Racing bagi musim depan.

Menurutnya tawaran kepada Zulfahmi itu adalah bagi mengisi tempat Cortese yang akan berlumba dalam kategori Moto2 musim depan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan