Petak Pertama Moto3, Hadiah Hari Jadi Zulfahmi

Diterbitkan: Ahad, 21 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Wakil tunggal Malaysia dalam persaingan Moto3, Zulfahmi Khairuddin buat julung kali menyambar petak pertama menjelang perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2012 di Litar Antarabangsa Sepang, Ahad.

Pada sesi kelayakan hari ini, pelumba pasukan AirAsia-SIC-Ajo itu merakamkan masa terpantas dua minit 13.885 saat untuk memintas pelumba Jerman Jonas Folges (2'14.1513s) yang menduduki petak kedua.

Petak ketiga menjadi milik seorang lagi pelumba Jerman, Sandro Cortese, yang juga pendahulu Moto3 musim ini, dengan catatan 2'14.599s.

Sebelum ini, Zulfahmi pernah bermula dari petak kedua pada perlumbaan MotoGP Grand Prix Catalunya, Sepanyol, Jun lepas.

Pencapaian tersebut merupakan hadiah istimewa untuk Zulfahmai yang menyambut ulang tahun kelahiranya ke-20, Sabtu.

"Syukur kerana saya berjaya mendapatkan kedudukan petak pertama dan berharap dapat terus memberi saingan sehingga ke garisan penamat pada perlumbaan yang sengit esok.

"Bagaimanapun, dengan keadaan motosikal dan juga saya sendiri, saya yakin memberi saingan terbaik di barisan hadapan," katanya kepada pemberita selepas sesi kelayakan itu.

"Sebenarnya saya tidak fikir sangat pasal ulang tahun kelahiran saya hari ini. Saya cuma fikir pasal motosikal sahaja. Selepas berjaya raih petak pertama, barulah saya dapat rasakan hadiah untuk diri saya," kata Zulfahmi.

Menurut Zulfahmi, jurutera pasukannya telah membuat sedikit pelarasan suspensi kepada motosikalnya selepas sesi latihan bebas terakhir pagi tadi.

"Pelarasan suspensi motosikal amat penting di litar ini kerana keadaan litar yang agak beralun)," kata pelumba kelahiran Banting, Selangor, itu.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif SIC Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali berkata Zulfahmai adalah pelumba pertama dalam sejarah sukan permotoran negara yang berjaya meraih petak pertama dalam mana-mana kejohanan dunia di Litar Sepang. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan