MotoGP: Pedrosa Kuasai Litar Sepang Buat Kali Pertama

Diterbitkan: Ahad, 21 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pelumba Repsol Honda Team, Dani Pedrosa membuktikan kehebatannya mengharungi litar basah apabila muncul juara pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP Malaysia) 2012 di Litar Sepang Antarabangsa, Ahad.

Kejayaan penuh dramatik pelumba kelahiran Sepanyol berusia 27 tahun ini hadir selepas mengharungi keadaan hujan lebat yang sememangnya telah di duga sepanjang perlumbaan ini sekali gus memaksa perlumbaan dipendekkan kepada 13 pusingan berbanding 20 pusingan penuh.

Mengekori Pedrosa ialah, Jorge Lorenzo yang kini mengumpul mata tertinggi kejuaraan dunia (330) diikuti Casey Stoner (Repsol Honda Team) di tempat ketiga.

Hujan lebat mula turun apabila perlumbaan berbaki 15 lap lagi, dan dalam masa itu Lorenzo mengalami saat getir terselamat daripada kemalangan selepas hilang kawalan, beberapa saat sebelum bendera merah dikibar menandakan perlumbaan dihenti bagi amaran keselamatan.

Perlumbaan terpaksa dihentikan seketika, namun berdasarkan keadaan cuaca yang semakin buruk, ia terpaksa ditamatkan sekali gus menyaksikan Pedrosa dinobatkan sebagai pemenang buat pertama kali di Malaysia.

"Pada permulaan, saya cuba mengekori Jorge yang begitu pantas pada lap pertama dan ketika itu juga litar tidak terlalu teruk, jadi saya mendapat rentak.

"Saya sangat, sangat gembira dengan kejayaan hari ini. Ia merupakan kemenangan pertama dalam di litar basah dan sukar digambarkan perasaan teruja ketika ini," jelasnya.

Sementara itu, Lorenzo bertuah kerana terselamat daripada kemalangan.

"Saya sangat bertuah, kerana jika terjadi ia bakal menjejaskan gelaran juara. Namun kedudukan kedua juga bagus bagi kejuaraan ini," katanya.

Selain itu, pelumba Australia, Stoner merakamkan saat manis tersendiri setelah berjaya menaiki podium sejak kembali ke litar selepas menjalani pembedahan buku lali Ogos alu.

Stoner berkata, dia hilang keyakinan diri selepas pembedahan itu, dan sukar untuk menyesuaikan diri.

"Saya cuba menyesuaikan diri dengan semua orang, cuba buat yang terbaik tetapi ia bukan jalan mudah untuk menghadapinya," jelasnya.

Kedudukan keseluruhan pelumba selepas Pusingan 16 MotoGP:

1. Jorge Lorenzo (SPA) Yamaha Factory Racing 330 mata

2. Dani Pedrosa (SPA) Honda Repsol Honda Team 303

3. Casey Stoner (AUS) Repsol Honda Team 213

4. Andrea Dovizioso (ITA) Monster Yamaha Tech 195

5. Alvaro Bautista (SPA) San Carlo Honda Gresini 154

6. Valentino Rossi Ducati (ITA) Ducati Team 148

7. Cal Cruthchlow (GBR) Monster Yamaha Tech 135

8. Stefan Bradl (GER) LCR Honda MotoGP 125

9. Nicky Hayden (USA) Ducati Team 114

10. Ben Spies (USA) Yamaha Factory Racing 88

11. Hector Barbera (SPA) Pramac Racing Team 79

12. Aleix Esparagaro (SPA) Power Electronics Aspar 63

13. Randy De Puniet (FRA) Power Electronics Aspar 53

14. Karel Abraham(CZE) Cardion AB Motoracing 43

15. Michele Pirro (ITA) San Carlo Honda Gresini 30

16 .James Ellison (GBR) Paul Bird Motorsport 28

17 .Yonny Hernandez (COL) Avintia Blusens 28

18. Colin Edwards (USA) NGM Mobile Forward Racing 25

19 .Jonathan Rea (GBR) Repsol Honda Team 17

20 .Danilo Petrucci (ITA) Came IodaRacing Project 16

21. Mattia Pasini (ITA) Speed Master 13

22. Ivan Silva (SPA) Avintia Blusens 11

23 .Toni Elias (SPA) Pramac Racing Team 10

24 .Katsuyuki Nakasuga (JPN) Yamaha YSP Racing Team 7

25 .Steve Rapp (USA) Attack Performance 2

26 .David Salom (SPA) Avintia Blusens 1

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan