MotoGP: Zulfahmi Yakin Berada Di Kelompok Hadapan Pada Sabtu

Diterbitkan: Jumaat, 19 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Zulfahmi Khairuddin pada sesi latihan sempena perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2012 di Litar Antarabangsa Sepang, Jumaat.
Aksi Zulfahmi Khairuddin pada sesi latihan sempena perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2012 di Litar Antarabangsa Sepang, Jumaat.

SEPANG: Pelumba tunggal negara dalam kategori Moto3, Zulfahmi Khairuddin yakin beliau mampu berada dalam kelompok hadapan untuk sesi kelayakan pada Sabtu.

Pada dua sesi latihan bebas hari ini, Zulfahmi berjaya mencatat masa ketiga terbaik dalam kedua-dua sesi, masing-masing dengan masa 2'16.324s dan 2'15.340s.

Pelumba pasukan Mapfre Aspar Team Moto3, Jonas Folger dari Jerman mendominasi kedua-dua sesi latihan bebas yang diadakan hari ini.

"Untuk sesi pada sebelah pagi, kita boleh dikatakan bermula dengan baik, walaupun ada sedikit masalah di bahagian casis. Pada sesi kedua kami buat sedikit perubahan pada motosikal.

"Saya gembira dengan catatan masa hari ini. Saya yakin jentera saya akan memberikan prestasi terbaik di sini (Litar Sepang) dan dapat membantu saya mencari kedudukan garis permulaan (pole position) yang baik," katanya ketika ditemui selepas menamatkan sesi latihan di Litar Sepang.

Kedudukan garis permulaan yang terbaik buat Zulfahmi untuk musim ini ialah bermula di kedudukan kedua di Grand Prix Catalunya, Sepanyol pada 3 Jun lepas.

Menurut Zulfahmi, masih terlalu awal untuk melihat siapa yang boleh memenangi perlumbaan Moto3 pada Grand Prix Malaysia kali ini.

"Berdasarkan sesi latihan hari ini, masih terlalu awal untuk mengetahui siapa yang akan menang. Selepas sesi hari ini, kebanyakan pasukan akan membuat perubahan pelarasan kepada jentera masing-masing.

"Saya percaya ramai akan lebih laju daripada hari ini. Jadi, saya perlu lebih tenang dan berkeyakinan minggu ini untuk mencapai sasaran kita," kata pelumba pasukan AirAsia-SIC-Ajo itu.

Sesi kelayakan bagi kategori Moto3 pada perlumbaan Grand Prix Malaysia akan diadakan pada pukul 1 tengah hari esok.-BERNAMA-

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan