MotoGP: Pedrosa Catat Masa Terpantas Dalam Sesi Catatan Masa Bebas 1

Diterbitkan: Jumaat, 19 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Penunggang Repsol Honda Dani Pedrosa mencatatkan masa terpantas dalam sesi catatan masa bebas Grand Prix Motosikal Malaysia 2012 di Litar Sepang di sini hari ini.

Pelumba dari Sepanyol itu mencatatkan 2 minit 1.621 saat, yang dilakukan pada pusingan ke-10 daripada 16 pusingan, untuk menguasai sesi itu.

Mengekori rapat adalah rakan sepasukan dari Australia, Casey Stoner dan penunggang Yamaha Factory Racing, Jorge Lorenzo, dari Sepanyol, masing-masing dengan margin 0.152s dan 0.313s.

Juara dunia kategori premier sebanyak enam kali Valentino Rossi dari Ducati Team pula mencatatkan masa ke-11 terpantas iaitu 2'03.274s.

Sesi catatan masa bebas pertama MotoGP itu berlangsung dalam cuaca kering, dengan suhu 30 darjah Celcius, dan suhu permukaan trek 40 darjah Celcius.

Sesi catatan masa bebas kedua bagi kelas MotoGP akan diadakan pada 2.10 petang.

Dalam kelas Moto2, pelumba Sepanyol Pol Espagaro dari pasukan Tuenti Movil HP 40 mencatatkan masa terpantas 2'08.015s, manakala penunggang wildcard dari Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah pula berada 1.745s di belakang pendahulu, dengan catatan masa 2'09.760s untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-24.

Sementara itu, dalam kelas Moto3, pelumba Jerman, Jonas Folger dari Mapfre Aspar Team Moto3 melakukan masa terpantas dalam sesi catatan masa bebas pertama iaitu 2'15.097s.

Dia diikuti rapat oleh pelumba Republik Czech, Jakub Kornfeil dari Redox-Ongetta-Centro Seta dengan jarak masa 1.143s.

Pelumba tunggal Malaysia dalam kategori itu, Zulfahmi Khairuddin mencatatkan masa ketiga terpantas dalam pusingan ke-14 dan terakhirnya dengan 2'16.324s,iaitu 1.227s di belakang pendahulu.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan