MotoGP: Hafizh Syahrin Sasar Kelompok 15 Terbaik

Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba tunggal negara Hafizh Syahrin Abdullah menyasarkan untuk menduduki dalam kelompok 15 terbaik pada perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2012 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu ini.

Perlumbaan MotoGP Malaysia musim ini adalah kali kedua pelumba itu bersaing di bawah tiket 'wildcard' dengan menggunakan jentera FTR-Moto2.

"Pada saingan tahun lepas, saya menamatkan saingan di tempat ke-20 daripada 38 pelumba. Tahun ini saya lebih yakin dengan jentera yang saya gunakan pada pelumbaan di Sepanyol.

"Berdasarkan kepada latihan di Litar Sepang minggu lepas, catatan masa saya lebih baik," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pasukan Petronas Raceline Malaysia di foyer Dewan Filharmonik, KLCC, di sini, Rabu.

Majlis itu turut dihadiri pengerusi Persatuan Automobil Malaysia (AAM) Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha, Pengurus Besar Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan Petronas, Datuk Mohammad Medan Abdullah dan Ketua Pegawai Operasi SIC, Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali.

Pelumba berusia 18 tahun itu kini menyertai perlumbaan Kejohanan Motosikal Kebangsaan CEV Buckler Sepanyol.

Setakat ini, Hafizh Syahrin mengumpul 55 mata untuk menduduki tempat keenam keseluruhan selepas enam pusingan.

Beliau berkata, meskipun Litar SIC dilihat sebagai gelanggang sendiri namun pelumba Moto2 yang lain juga lebih bersedia kerana mereka berlumba dalam kategori itu sepanjang musim ini.

"Saya akan memberikan persembahan terbaik untuk peminat tempatan dan harap ramai akan turun untuk memberi sokongan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan