Litar Sepang Semakin Hangat Buruan Gelaran MotoGP Dunia

Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Perlumbaan MotoGP Malaysia 2012 di Litar Sepang Ahad ini akan menjadi medan percaturan antara juara bertahan Jorge Lorenzo dan rakan senegara Dani Pedrosa dalam memburu mahkota juara dunia musim ini.

Meskipun, Lorenzo, pelumba Yamaha dari Sepanyol itu, mendahului saingan musim ini dengan kelebihan 28 mata namum Pedrosa masih boleh mengintai kejuaraan dunia pada tiga lagi perlumbaan musim ini.

Malaysia merupakan pusingan ke-16 daripada 18 pusingan kejuaraan MotoGP Dunia.

Selepas Litar Sepang, pelumba akan berkunjung ke MotoGP Australia pada 29 Oktober ini sebelum MotoGP Dunia melabuh tirai di MotoGP Valencia pada 11 November ini.

Bagaimanapun, Litar Sepang bakal menyaksikan pertarungan sengit antara dua pelumba itu dalam usaha mengumpul sebanyak mata yang mungkin dengan kelebihan memihak kepada Lorenzo yang kini mengumpul 310 mata berbanding 282 mata oleh Pedrosa.

Walaupun kedudukan Lorenzo sebagai pendahulu boleh dianggap selesa, namum pelumba itu tidak mahu memikirkan soal kejuaraan dunia sebaliknya mahu menguji potensi maksimum beliau dalam setiap pusingan.

"Di sini mungkin sesuatu perubahan boleh berlaku - trek dan keadaan berbeza. Kita kena tunggu untuk esok," kata Lorenzo pada sidang media rasmi pra perlumbaan di Pusat Media Litar Sepang di sini, Khamis.

"Minggu lepas, di Litar Motegi Jepun, kami cuba segala-galanya untuk menang...latihan adalah baik dan pada perlumbaan saya cuba untuk menjadi pendahulu tetapi tidak mungkin dan menamatkan saingan di tempat kedua," katanya.

Pencabarnya Pedrosa, yang memburu kejuaran dunia buat pertama kali, berkata beliau akan berlumba secara habis-habisan di Sepang kerana litar itu sentiasa memberikan keputusan baik untuk dirinya.

MotoGP Malaysia bermula esok dengan sesi rasmi catatan masa bebas. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan