Zulfahmi Rasai Tekanan Berlumba Di Litar Sepang

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin mengakui merasai tekanan berlumba di Litar Sepang pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia hujung minggu ini.

"Tekanan untuk berlumba di gelanggang sendiri itu memang ada, khususnya daripada penyokong-penyokong, pihak penaja dan juga media. Saya berharap semua itu tidak akan mengganggu persembahan saya di Litar Sepang.

"Saya harap bila turun ke litar hujung minggu ini, saya dapat melakukan yang terbaik. Seboleh-bolehnya saya mahu bermula dari petak hadapan. Dalam perlumbaan seperti ini, apa-apa sahaja boleh berlaku," kata pelumba yang bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-20, Sabtu ini.

Seperti pertama kali berlumba sepenuh musim dalam kancah MotoGP tahun lepas, Zulfahmi lebih menganggap tekanan yang bakal dihadapinya itu sebagai pembakar semangat semasa berlumba.

Zulfahmi ditemui pemberita pada majlis meraikan kepulangan beliau ke Malaysia oleh penajanya, AirAsia dan Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) pada satu majlis santai di Galatic Laser, Mid Valley pada Selasa.

Turut bersama beliau pada majlis itu ialah para pelumba di bawah naungan Ajo Motorsports termasuk Sandro Cortese, pendahulu dalam kedudukan Moto3 setakat ini.

Selepas menamatkan 15 perlumbaan musim ini, Zulfahmi, pelumba pasukan AirAsia-SIC-Ajo, mengumpul 92 mata.

Pada Ahad lepas, beliau menamatkan saingan di tempat kelima pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Jepun di Twin Ring Circuit.

Berdasarkan prestasi semasa, Zulfahmi berkata, beliau lebih yakin untuk terus memberikan saingan terbaik walaupun hanya tinggal tiga pusingan lagi (termasuk Malaysia) untuk musim ini.

"Untuk kemenangan podium pertama, saya tidak menaruh harapan tinggi ianya boleh terjadi di Litar Sepang minggu ini. Perlumbaan Moto3 tidak semudah yang dijangkakan.

"Saya yakin dengan kemampuan jentera saya, pasukan pengendali dan semua yang terlibat. Kami akan bekerja keras untuk terus mendapatkan keputusan yang terbaik. Saya berharap perlumbaan di Litar Sepang akan menjadi perlumbaan terbaik saya musim ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan