Juara Dunia: Lewis Hamilton Mengaku Kalah Selepas GP Korea

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMANDU McLaren, Lewis Hamilton mengumumkan bahawa persaingannya untuk merebut kembali kejuaraan F1 telah berakhir dengan menduduki tempat ke-10 pada GP Korea, Ahad.

BBC Sport melaporkan, kekecewaan Hamilton disumbangkan oleh masalah mekanikal pada bahagian suspension kenderaannya.

Dia kini ketinggalan 63 mata di belakang pendahulu kejuaraan iaitu Sebastian Vettel dengan hanya 100 mata sahaja yang perlu direbut dari baki empat pusingan yang masih ada.

"Dari konteks kejuaraan dunia musim ini, saya rasa ia telah berakhir untuk saya," kata Hamilton.

Bagaimanapun katanya mereka akan terus berusaha untuk mencapai sebanyak mungkin mata untuk kejuaraan jentera yang masih lagi terbuka luas antara McLaren, Ferrari dan juga Red Bull.

McLaren yang sebelum perlumbaan GP Korea menduduki tangga kedua jentera kehilangan tempat itu kepada Ferrari selepas rakan sepasukannya Jenson Button terkeluar apabila jenteranya dirempuh oleh jentera Sauber yang dipandu oleh Kamui Kobayashi.

McLaren kini mengumpul 284 mata iaitu enam mata di belakang Ferrari (290 mata).

Pendahulu jentera kini dikuasai oleh Red Bull semula dengan 367 mata ekoran kemenangan Vettel dan Mark Webber di tempat kedua pada GP Korea.

Ferrari berjaya mengatasi McLaren dari segi mata selepas pemandu mereka Fernando Alonso dan Felipe Massa berjaya menduduki tempat ketiga dan keempat.

Red Bull kini berada 77 mata di hadapan pasukan Ferrari.

Kemenangan Vettel buat kali ketiga berturut-turut musim ini telah meletakkan pasukan Red Bull kembali ke persaingan juara dunia untuk kedua-dua kategori pemandu dan juga jentera.

Kepada Hamilton pula ini adalah perlumbaan yang ketiga berturut-turut yang menyaksikan jenteranya berhadapan dengan masalah mekanikal.

Sebelum ini dia sedang mendahului perlumbaan di GP Singapura sebelum berlakunya masalah mekanikal dan masalah yang serupa turut berlaku di GP Jepun minggu lalu.

Hamilton akan memandu untuk pasukan baru iaitu Mercedes AMG-Petronas pada musim depan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan