ARRC Catat Sejarah, Perlumbaan Pertama Di Litar Penbay

Diterbitkan: Selasa, 9 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ron Hogg
Ron Hogg

KEJUARAAN Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) mencatat sejarah tersendiri sepanjang 17 tahun penganjurannya apabila bakal menjadi perlumbaan antarabangsa pertama yang dilangsungkan di Litar Antarabangsa Penbay, Taiwan pada 12 hingga 14 Oktober ini.

Litar sepanjang 3.526 kilometer yang mempunyai 16 selekoh ini bakal menjadi gelanggang bagi pusingan kelima daripada enam pusingan ARRC yang mana turut menyaksikan pelumba-pelumba terbaik Malaysia bersaing di litar yang dianggap sebagai paling teknikal dalam kejuaraan musim 2012.

Antara pelumba Cub Prix tanah air yang bakal membawa cabaran dalam kategori SuperSports 600cc ialah Azlan Shah Kamaruzaman, Mohd Zamri Baba, Mohd Ramdan Mohd Rosli, Mohd Zaqhwan Zaidi dan Mohd Emir Firdaus Hasan.

Manakala juara Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Melaka minggu lalu, Mohd Affendi Rosli akan membawa cabaran dalam kategori underbone 115cc bersama-sama rakan sepasukan, Norizman Ismail dan pelumba-pelumba lain seperti Ahmad Afif Amran, Che Ku Amriq, Mohd Adib Rosley, Mohd Azhar Abdul Jalil, Mohd Amirul Ariff Musa dan Wan Hadri Wan Mukhtar.

“Litar ini akan menguji kepakaran jurutera-jurutera pasukan dan juga menguji skil serta stamina pelumba-pelumba itu sendiri.

"Bagi pelumba yang biasa dengan bentuk litar moden yang digunakan oleh perlumbaan Formula 1, litar Penbay pasti akan menjadi salah satu penghalang utama yang perlu dihadapi untuk memburu mahkota kejuaraan musim ini,” jelas Ron Hogg, Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR).

Gembira dengan venue baru dalam saingan ARRC, Ron berkata; “Kami dan seluruh kontinjen perlumbaan berbangga kerana mencipta sejarah sebagai perlumbaan antarabangsa pertama yang dilangsungkan di litar baru ini.

"Kami juga gembira kerana dapat bekerjasama dengan pengurusan Litar Penbay yang sudi membantu untuk mengembangkan lagi Kejuaraan ini. Bagi penaja utama, PETRONAS dan juga peminat-peminat di Taiwan, peluang seperti ini merupakan sesuatu yang harus diterokai dan tidak boleh dilepaskan.”

Maklumat lanjut, sila hubungi Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR) di talian 03-8733 8787 atau lawati laman web rasmi Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC), www.asiaroadracing.com

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan