F1: Vettel Juara Grand Prix Jepun

Diterbitkan: Isnin, 8 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebastian Vettel bersama trofi kemenangannya selepas menjuarai perlumbaan Grand Prix Jepun. Foto AFP
Sebastian Vettel bersama trofi kemenangannya selepas menjuarai perlumbaan Grand Prix Jepun. Foto AFP

PELUMBA Red Bull, Sebastian Vettel menjuarai perlumbaan Grand Prix Jepun (Pusingan 15) pada Ahad sekelai gus mencerahkan peluang untuk menjadi juara dunia dengan baki lima perlumbaan selepas pelumba Ferrari, Fernando Alonso terkeluar pada permulaan.

"Ini adalah detik terpenting. Saya tidak tahu apa yang terjadi di belakang saya tetapi Alonso tidak bernasib baik.

"Kita tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi pada perlumbaan akan datang dan kerana itu ia amat penting untuk mengutip mata pada perlumbaan ini," jelas Vettel.

Pada aksi itu, Vettel hanya berseorangan di depan meninggalkan pelumba lain jauh di belakang sebelum meraih gelaran juara buat kali ke-24 dalam kariernya.

Rekod pencapaiannya itu kini setaraf dengan pemandu legenda dari Argentina, Juan-Manuel Fangio.

Sementara itu, pelumba Ferrari, Felipe Massa mencatatkan kedudukan kedua dengan catatan masa 20.6 saat di belakang Vettel manakala tempat ketiga dimenangi oleh pelumba Sauber dari Jepun, Kamui Kobayashi.

Kedudukan pasukan selepas 15 pusingan perlumbaan :

1. Red Bull Racing-Renault 324 mata

2. McLaren-Mercedes 283

3. Ferrari 263

4. Lotus-Renault 239

5. Mercedes 136

6. Sauber-Ferrari 116

7. Force India-Mercedes 81

8. Williams-Renault 58

9. STR-Ferrari 15

Kedudukan pelumba selepas 15 pusingan perlumbaan:

1. Fernando Alonso - Ferrari 194 mata

2. Sebastian Vettel - Red Bull Racing-Renault 190

3. Kimi Räikkönen - Lotus-Renault 157

4.Lewis Hamilton - McLaren-Mercedes 152

5. Mark Webber - Red Bull Racing-Renault 134

6. Jenson Button - McLaren-Mercedes 131

7. Nico Rosberg - Mercedes 93

8. Romain Grosjean Lotus-Renault 82

9. Felipe Massa - Ferrari 69

10. Sergio Perez Sauber-Ferrari 66

11. Kamui Kobayashi Sauber-Ferrari 50

12. Paul di Resta - Force India-Mercedes 44

13. Michael Schumacher - Mercedes 43

14. Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 37

15.Pastor Maldonado - Williams-Renault 33

16.Bruno Senna - Williams-Renault 25

17.Jean-Eric Vergne STR-Ferrari 8

18.Daniel Ricciardo STR-Ferrari 7

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan