Rosberg Azam Pamer Prestasi Lebih Baik

Diterbitkan: Rabu, 26 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berbekalkan kedudukan di tempat kelima pada Grand Prix Singapura Ahad lepas, pemandu pasukan Mercedes AMG Petronas F1 Team, Nico Rosberg berazam mempamerkan prestasi lebih baik pada perlumbaan seterusnya.

"Saya gembira dengan keputusan ini...dari tempat ke-10 dan menamatkan perlumbaan (Grand Prix Singapura) di tempat kelima.

"Dalam perlumbaan sebelum ini, kami menamatkan perlumbaan di tempat kelima, kenam atau ketujuh. Ini adalah kedudukan terkini kami...kami akan terus berusaha menambah mata," kata Rosberg ketika ditemui pada majlis prapelancaran stesen Petronal yang ke-1,001 di Wangsa Maju, di sini, Selasa.

Susulan Grand Prix Singapura, Rosberg kini menduduki tempat ketujuh dengan 93 mata manakala rakan sepasukan Michael Schumacher di tangga ke-12 dengan 43 mata.

Pemandu Scuderia Ferrari, Fernando Alonso kekal sebagai pendahulu dalam kedudukan pemandu dengan 194 mata.

Dalam kedudukan pengeluar, Mercedes di tempat kelima dengan 136 mata, ketinggalan 161 mata di belakang pendahulu ketika ini, Red Bull Racing-Renault.

Bagaimanapun, Rosberg yakin Mercedes AMG Petronas F1 Team mampu meraih tiga tempat teratas dalam kedudukan pengeluar pada musim akan datang.

Beliau berkata pasukan akan terus berusaha meningkatkan prestasi kereta untuk meraih kedudukan lebih baik dalam kedudukan Kejohanan F1 Dunia.

"Kami masih belum lagi memiliki kereta yang terbaik. Jadi, kami perlu terus berusaha," kata Rosberg.

Mengenai prestasinya setakat ini, Rosberg berkata: "Saya rasa ianya okay. Matlamat pasukan kami melakukan lebih baik daripada tahun lepas dan kami telah berjaya mencapainya selepas menang di China dan tempat kedua di Monaco.

"Kami mendapat keputusan yang amat baik...ianya bagus. Tetapi kini, kami mahu lebih baik lagi. Kami mahu lakukan lebih baik lagi kerana kami masih belum lagi yang terbaik dalam Formula One, dan itulah yang kamu mahukan (yang terbaik)," katanya. Perlumbaan Rosberg akan datang ialah di Grand Prix Jepun di Litar Suzuka pada 5-7 Okt. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan