3,000 Penonton Thai Dijangka Saksi MotoGP Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 10 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Kira-kira 3,000 penonton Thai dijangka menyaksikan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia di Sepang bulan depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Datuk Razlan Razali.

Katanya, SIC mengharapkan penyertaan pelumba Thai, Rathapark Willairot dalam perlumbaan itu akan dapat menarik rakyat negara berkenaan datang menyaksikan perlumbaan tersebut di samping beberapa acara lain yang diadakan bagi memeriahkan kejohanan tersebut.

Sebanyak 2,500 warga Thai menyaksikan MotoGP Malaysia tahun lepas dan mereka adalah penonton luar keempat teramai menyaksikan perlumbaan itu selepas Singapura, Indonesia dan Australia, katanya.

"Kami mengharapkan jumlah penonton lebih ramai tahun ini. Kami dimaklumkan bahawa konvoi motosikal berkuasa tinggi dari Thailand juga bertambah besar tahun ini," katanya di Pejabat Tourism Malaysia di Thailand di sini.

Perlumbaan tiga hari MotoGP Malaysia akan berlangsung mulai 19 Oktober depan.

Berhubung tragedi menimpa Marco Simoncelli yang terbunuh dalam perlumbaan di Sepang tahun lepas, Razlan berkata insiden itu telah menarik kehadiran lebih ramai penonton ke litar berkenaan untuk memberi penghormatan kepada mendiang Simoncelli.

Beliau berkata, SIC juga akan mengadakan upacara penghormatan khas kepada mendiang Simoncelli dengan membina dinding khas untuk peminat menandatangani dan memberi penghormatan mereka kepada pelumba legenda itu.

Mengenai perkara yang boleh dipelajari Malaysia yang merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang telah menganjurkan MotoGP selama 22 tahun, Razlan berkata, SIC tidak boleh mengambil mudah dan perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk kejadian tidak diingini semasa perlumbaan.

"Ia satu yang sukar apabila saya terpaksa membuat pengumuman untuk membatalkan perlumbaan berikutan tragedi yang menimpa Simoncelli," katanya.

Beliau berkata, usaha membawa masuk pelumba Malaysia menyertai perlumbaan itu sejak 2009 juga membuahkan hasil apabila jumlah penonton dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat dengan amat memberangsangkan.

Pengarah Tourism Malaysia di Thailand, Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata, perlumbaan MotoGP dan pembukaan taman tema Legoland di Iskandar tidak lama lagi, akan menarik lebih ramai rakyat Thailand untuk melancong ke Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan