F3 Britain: Jazeman Buru Podium Di Silverstone

Diterbitkan: Selasa, 4 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jazeman Jaafar
Jazeman Jaafar

PELUMBA negara, Jazeman Jaafar mahu memastikan dia berada di landasan tepat untuk merebut gelaran juara keseluruhan dengan meraih kedudukan podium pada saingan pusingan kedua terakhir Perlumbaan F3 Britain 2012 di litar Silverstone, minggu ini.

Pelumba muda itu kini menduduki tangga ketiga keseluruhan dengan hanya 20 mata ketinggalan kepada pendahulu yang juga rakan sepasukannya dalam pasukan Carlin, Jack Harvey dan 16 mata di belakang pelumba Puerto Rico, Felix Serralles.

Jazeman telah mempamerkan aksi cukup cemerlang sepanjang musim ini dengan meraih 10 podium daripada 22 perlumbaan termasuk tiga gelaran juara di Pau, Perancis dan Rockingham, United Kingdom.

Pelumba itu sedar hanya kemenangan di Silverstone akan mencerahkan peluangnya untuk merebut mahkota kejuaraan.

“Saya suka beraksi di litar ini. Ia litar yang pantas, selain turut mempunyai selekoh yang mencabar.

"Tambahan pula, saya pernah memperoleh keputusan yang baik di sini. Saingan F3 Britain tahun ini begitu terbuka kerana mempunyai ramai pelumba-pelumba hebat, tidak kurang juga dengan empat lagi rakan sepasukan saya. Jadi saya perlu memberikan aksi terbaik setiap kali saya berada di dalam jentera saya," katanya.

Pelumba Program Pembangunan Bakat PETRONAS itu berkata; "Hanya enam perlumbaan dalam baki dua pusingan perlumbaan terakhir sahaja yang tinggal, jadi kedudukan podium ataupun lebih baik dengan muncul juara sahaja yang saya boleh lakukan untuk naik ke kedudukan teratas.

"Sasaran utama saya adalah untuk mengejar kedudukan Felix dahulu dan selepas itu mengejar kedudukan Jack pula.

"Mungkin ia kelihatan seperti jumlah yang banyak, namun dengan 20 mata yang ditawarkan dan juga mata untuk pusingan terpantas, ia mampu untuk dilakukan.

"Sudah pasti mereka juga mempunyai matlamat sama dan keupayaan kami pula tidak banyak berbeza, jadi perlumbaan minggu ini pasti berlangsung cukup sengit.”

Pelumba-pelumba akan melakukan sesi latihan pada hari Jumaat diikuti sesi kelayakan pada pagi Sabtu dan perlumbaan pertama akan berlangsung pada sebelah petang.

Dua perlumbaan berikutnya akan berlangsung pada hari Ahad. Peminat-peminat boleh menyaksikan melalui www.tsl-timing.com

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan