Azman Kembali Sertai MMER

Diterbitkan: Jumaat, 31 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas hampir lapan tahun hanya menjadi penonton dari kelab paddock Litar Sepang, bekas jaguh lumba kereta Tan Sri Azman Yahya akan kembali beraksi dalam perlumbaan lasak Malaysia Merdeka Endurance Race (MMER) hujung minggu ini.

Berbekalkan sokongan padu rakan karibnya, yang juga bekas juara MMER Datuk Mokhzani Mahathir dan Aminuddin Omar, tokoh korporat terkenal ini - juara Kelas Terbuka 2004 - bagaimanapun tidak beraksi dalam perlumbaan lasak selama 12 jam itu.

Dalam kenyataannya, Sepang International Circuit, penganjur MMER, berkata Azman akan kembali beraksi dalam acara lebih kecil dengan menyertai satu daripada perlumbaan sokongan – Porsche Carrera Cup Asia (PCCA) - bersama Team Sime Darby Auto Performance (SDAP).

Apabila kembali merasai keseronokan dan cabaran dalam perlumbaan, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan apabila Azman mendaftar diri untuk menyertai MMER tahun depan.

"Mokhzani, sebagai rakan kongsi Sime Darby dalam SDAP, tahu dan menyokong cadangan Arnt Bayer (dari Sime Darby Auto Performance) untuk menawarkan saya memandu. Aminuddin juga nampaknya teruja! Mungkin inilah masanya bagi kami bertiga kembali beraksi pada MMER tahun depan," kata Azman.

Azman menjuarai Kelas Terbuka pada 2004, bersama Aminuddin dan Ila Ridak dengan memandu Porsche.

Beliau pernah menyertai MMER bersama Mokhzani dan Aminuddin, tetapi Porsche mereka mengalami masalah mekanikal dan terpaksa berehat lebih awal.

Ketika mengumumkan penyertaan Azman dalam perlumbaan tahun ini, SDAP, pengimport rasmi kenderaan Porsche di Malaysia, berkata pihaknya gembira kerana menjadi sebahagian daripada acara MMER yang berprestij itu dan menampilkan kehadirannya dalam PCCA.

"Di Malaysia, SDAP menyokong cita-cita pelanggannya dengan menganjurkan latihan litar serta hari trek di SIC.

"Pada acara ini, para pemandu Carrera Cup yang berpengalaman akan melatih pelanggan kami cara memandu kereta Porsche jalanan secara selamat di trek perlumbaan," kata Bayer, yang juga ketua pegawai eksekutif SDAP.

MMER, yang bermula semalam, berlangsung hingga Ahad ini.

Tiada bayaran dikenakan untuk menonton perlumbaan ini dari kawasan grandstand. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan