Cub Prix: Elly Belum Pasti Beraksi

Diterbitkan: Sabtu, 25 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Elly Idzlianizar (kiri) masih belum pulih menjelang perlumbaan pusingan ketujuh bulan depan.
Elly Idzlianizar (kiri) masih belum pulih menjelang perlumbaan pusingan ketujuh bulan depan.

SELEPAS dua bulan berehat akibat kecederaan, Elly Idzlianizar Ilias belum pasti akan tampil beraksi pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang dijadualkan berlangsung di Kluang, 22 dan 23 September depan.

Pelumba Suzuki FortyOne itu pada asalnya dijangka pulih daripada kecederaan belakang yang dialami sewaktu Pusingan 5 di Teluk Intan, Jun lepas namun pengurusnya, Nor Azlan Amran menjelaskan Elly memerlukan masa lebih panjang sebelum dibenarkan beraksi semula.

Ini sekaligus menandakan kali ketiga Elly tidak beraksi selepas Teluk Intan dan Muar (Pusingan 6) Julai lalu.

Sebaliknya bakal menggantikan tempat Elly di dalam kelas perdana CP130 pada pusingan akan datang adalah Mohd Rozaliman Zakaria yang akan bergandingan dengan Mohd Syawalludin Mohd Zaki.

"Keadaan Elly sudah cukup baik dan cergas sepenuhnya namun dari aspek fizikal dia belum 100 peratus bersedia untuk kembali berlumba. Jadi kami mengambil keputusan untuk terus merehatkannya dan tidak beraksi di Kluang.

"Walaupun sudah seperti sediakala, Elly tetap mengalami kesukaran untuk menundukkan badan, salah satu elemen penting ketika berlumba.

"Lagipun, doktor turut menasihati agar dia berehat dan melupakan aksi dalam masa terdekat ini buat seketika memandangkan dia masih mempunyai 15 ke 20 sesi fisioterapi yang perlu dilalui.

"Ia satu keputusan sukar namun kami tidak mahu mengambil sebarang risiko dan ini juga adalah keputusan terbaik buat Elly,"jelas Nor Azlan.

Pada masa sama, Azlan turut yakin pelumba 28 tahun itu akan kembali beraksi pada Pusingan 8 di Melaka nanti.

"Ketiadaan Elly memberi kesan besar kepada kami namun dia memerlukan masa untuk kembali berada pada tahap terbaiknya.

"Kami mahu Elly beraksi pada tahap 100 peratus berbanding pada ketika ini. Kami yakin jika dia terus menjalani proses fisioterapi dengan penuh disiplin dia akan dapat kembali beraksi di Melaka Oktober nanti," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan