Rizal Raih Tempat Pertama Di Litar Ordos

Diterbitkan: Jumaat, 24 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rizal (dua,kanan) menjulang trofi selepas menjuarai perlumbaan Kejuaraan Lamborghini Blancpain Supertrofeo Asia 2012 di China Ahad lalu.
Rizal (dua,kanan) menjulang trofi selepas menjuarai perlumbaan Kejuaraan Lamborghini Blancpain Supertrofeo Asia 2012 di China Ahad lalu.

PELUMBA Lamborghini negara, Rizal Ramli yang mewakili Lamborghini Kuala Lumpur melakar sejarah apabila menjadi pelumba pertama menjuarai perlumbaan Kejuaraan Lamborghini Blancpain Supertrofeo Asia 2012 di Litar Ordos China Ahad lalu.

Pada aksi kelayakan pada Sabtu, Rizal telah mempamerkan aksi mantap sekaligus meletakan dia di petak pertama bagi pusingan pertama, manakala petak ketiga bagi aksi kelayakan kedua.

Rizal menakluki litar sepanjang 3.721 kilometer ini dalam tempoh 50 minit, dan hanya mencatat perbezaan masa 16.239 saat dihadapan tempat kedua iaitu dari BBT Racing Team.

Manakala untuk perlumbaan kedua, Rizal yang bermula dari petak ketiga berjaya mendapat permulaan yang baik dengan memotong Charlie-Ro Charlz dari Lamborghini Singapura sebelum memasuki selekoh pertama di litar itu.

Kejayaan meraih tempat pertama itu bukan mudah selepas Rizal terpaksa bersaing dengan Anthony Liu/Davide Rizzo (BBT Racing Team) yang sebelum itu berada di tempat pertama.

Biarpun perlumbaan terpaksa ditangguhkan seketika gara-gara Lamborghini Singapura mengalami kerosakan mekanikal, Rizal tetap mengekalkan rentak perlumbaan berebut kedudukan dengan Anthony.

"Saya amat gembira dengan kemenangan ini. Ia permulaan yang baik dan sempurna memberikan saya peluang untuk meraih tempat pertama ini.

"Kejayaan ini lebih bermakna kerana ia berlaku pada pagi Hari Raya pertama," jelas Rizal dalam satu kenyataan.

Rizal yang tidak dapat menghabiskan perlumbaan pada pada awal musim ini di Litar Antarabangsa Sepang telah melonjak naik dalam mata kejuaraan dengan kedua-dua kemenangan di Litar Ordos.

Juga dengan tempat kedua di Fuji Japun bulan lepas telah membantunya mengukuhkan kedudukan dalam siri kejuaraan ini.

Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Litar Antarabangsa Guangzhou, China pada 17 hingga 19 September ini, diikuti di Shanghai (26-18 Oktober) dan aksi terakhir juga di Shanghai pada 9-11 November.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan