ARRC: Azli Perlu Masa Kuasai Jentera Supersports

Diterbitkan: Rabu, 15 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fazli (tengah) memerlukan sedikit masa untuk menguasai perlumbaan ARRC.
Fazli (tengah) memerlukan sedikit masa untuk menguasai perlumbaan ARRC.

MUSIM 2012 merupakan musim cukup mencabar buat pelumba negara, Ahmad Fazli Sham selepas menyertai musim penuh Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) dalam kategori SuperSports 600cc.

Dengan dua gelaran juara Cub Prix, harapan tinggi diletakkan di bahu pelumba berusia 30 tahun ini.

Namun begitu kemalangan yang dialami sewaktu pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Batu Kawan mengakibatkan kecederaan berpanjangan buat pelumba kelahiran Taiping ini sekaligus melambatkan proses penyesuaian diri dengan jentera Yamaha R6 yang digunakan dalam saingan ARRC.

"Kecederaan saya telah sembuh sepenuhnya dan saya juga masih menjalani sesi fisioterapi bagi mengembalikan kekuatan dan kecergasan saya, tetapi saya sudah mampu menunggang dengan sepenuh keupayaan saya pada ketika ini," katanya.

Selepas tiga pusingan, pelumba PETRONAS Syntium Moto Yamaha ini hanya sekali berjaya menamatkan perlumbaan di kalangan 10 pelumba teratas dan dia kini menduduki tangga ke-15 dalam senarai keseluruhan, satu anak tangga lebih baik daripada pelumba berpengalaman, Mohd Emir Firdaus Hasan (MUSASHi Boon Siew Honda Racing Malaysia).

"Jentera SuperSports 600cc ini bukan tugas mudah bagi saya. Saya tidak mempunyai latihan yang mencukupi dan mungkin memerlukan antara satu atau dua tahun sebelum benar-benar dapat menguasai jentera ini memandangkan latihan yang saya lalui adalah hanya pada waktu perlumbaan."

Selain aspek teknikal litar, Fazli turut mengakui masih banyak perkara-perkara lain yang harus dipelajari bagi meningkatkan prestasi dirinya.

"Memberi maklum -balas mengenai jentera juga merupakan salah satu kelemahan saya ketika ini.

"Di dalam Cub Prix, pengurus pasukan, Yong Ying Hoe cukup memahami tentang pelarasan yang diperlukan mengikut keadaan litar dan juga gaya tunggangan.

"Berbeza pula dengan saingan SuperSports 600cc, Yong Ying Hoe tiada di sini dan saya perlu memahami jentera berkuasa besar ini bersendirian. Proses ini agak sukar tetapi ia adalah laluan normal buat setiap pelumba," tambahnya.

Pada masa sama, Fazli akui tekanan lebih tinggi sewaktu beraksi di peringkat Asia.

"Ia cukup berbeza dengan Cub Prix. Saya memahami semua keadaan litar Cub Prix, dan paling penting saya juga mengetahui bagaimana kemampuan pelumba-pelumba lain.

"Di pentas Asia pula, saya agak ketinggalan dan masih tercari-cari rentak. Walau bagaimanapun, saya tidak akan berputus asa dan sentiasa bersedia menyahut cabaran yang datang.

"Lebih-lebih lagi dengan sokongan dari seluruh pasukan dan jurutera dari Hong Leong Yamaha. Mereka sentiasa bekerja keras bagi memastikan yang terbaik untuk saya," kata Fazli.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan